

“Berdasarkan usaha yang kita dah buat dan respon yang kita dapat, saya yakin kejutan boleh berlaku di sini,” katanya.
“Saya harap pengundi luar akan balik mengundi khususnya di kawasan Felda,”
“Walaupun ada sedikit kekecohan di beberapa tempat, keadaan masih terkawal. Biasalah penyokong saling cabar-mencabar”.
“Kita mengharapkan 85% keluar mengundi hari ini”.
“Dengan cuaca agak baik, pengundi mula ramai keluar mengundi berbanding pagi tadi,” jelasnya berpuas hati dengan keadaan proses mengundi setakat ini.
Peratus keluar mengundi setakat jam 10 pagi adalah sebanyak 36.25 peratus atau seramai 3,262 orang.
Sementara itu, berdasarkan laporan blog-blog Umno, semalam Utusan menyiarkan tiga artikel berturut-turut yang menuduh Tuan Ibrahim mengambil kesempatan daripada peneroka tanah rancangan yang kesempitan hidup dengan membeli tanah mereka.
Malah Utusan turut menuduh disebabkan pembelian tersebut, tuan tanah asal tersebut kini hidup dalam serba kedaifan.
Pertuduhan terhadap Tuan Ibrahim turut dilaporkan Buletin Utama di TV3 pada sebelah malamnya walaupun selepas pembeli sebenar tanah tersebut, Ibrahim Osman membuat pendedahan sebenar dalam satu sidang akhbar di markas induk PAS Kerdau dengan menafikan perkara tersebut.
“Saya sangat dukacita dengan tuduhan itu kerana hasrat beliau untuk membantu saya dan peneroka berkenaan telah bertukar menjadi satu fitnah terhadap beliau.
“Hasil dari jualan tanah Felda tersebut, peneroka berkenaan telah berjaya membangunkan 15 ekar ladang sawit dan juga ternakan kambing dan lembu, bukannya menjadi dhaif sebagaimana didakwa,” kata Ibrahim Osman dalam sidang media khas di Markas PAS Kerdau lewat petang semalam.
Justeru, Dato’ Tuan dilaporkan sedang berbincang dengan peguamnya untuk mengambil tindakan mahkamah keatas pihak-pihak terbabit memfitnah beliau-.http://n28kerdau.pas.org.my/



























