Rakyat menjadi keliru dengan perkembangan terbaru isu cadangan FGV untuk mengambilalih 37 peratus kepentingan PT Eagle High Plantations (EHP) bernilai AS$680 juta. Awal Disember lalu, FGV mengumunkan pembatalan ambil alih PT Egle menurut laporan BERNAMA dan disiarkan di Majalah Felda Asprasi Glokal bertarikh 05 Disember 2015.


Saya melihat ada percangahan dipihak pengurusan FGV dengan Pengerusi Felda. Ini akan memberi kesan buruk kepada operasi dan dilihat ada campur tangan keterlaluan dalam membuat keputusan.
Amat malang urusniaga yang melibatkan pelaburan yang sangat besar akan menjadi polimik yang pastinya merugikan .


Kami Unit Hal Ehwal Felda PAS Pusat mendesak supaya urusniaga pengambilalihan pegangan 37 peratus Eagle High daripada PT Rajawali Corpora yang perpengkalan di Indonesia yang dipegang oleh Tan Sri Peter Sondakh ini di batalkan segera.
Naraza Muda
Pengerusi Hal Ehwal Felda PAS Pusat.
31 Januari 2016


























