Oleh : NHA
MARANG – “Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ini antara usaha kami untuk menyumbang dalam melahirkan generasi yang cintakan ilmu dan iman,” ujar Ketua Ameerah Dun Rhu Rendang, Cik Nadwa Insyirah Hussain sejurus selesai program Tayangan Movie bersama Ameerah Dun Rhu Rendang.


“Alhamdulillah, sambutan program ini begitu memberangsangkan. Mungkin aura dari program JURRUH lepas membangkitkan semangat adik-adik ini untuk bersama kami”
“Kami memilih filem “Hafalan Solat Delisa” ini kerana sesuai dengan jiwa remaja. Solat merupakan tiang agama yang mesti diajar dari kecil. Mesej yang disampaikan juga sarat dengan keikhlasan seorang hamba menerima ujian dan takdir Yang Maha Esa, ” ujar Cik Nadwa.


Mengakhiri pertemuan tersebut, Cik Nadwa memberitahu perancangan terdekat Ameerah adalah menguruskan pasukan nasyid dari dun tersebut untuk menghadapi pertandingan peringkat kawasan Marang pada awal Mac nanti. Beliau mengharapkan agar kemudahan dalam menguruskan pasukan tersebut bagi menghadapi cabaran sengit nanti.




























