Transformasi Razif Sudah Jadi ‘Kepala Patung’

1090

KUALA NERUS – Slogan ‘Transformasi Terengganu Baharu’ Menteri Besar Terengganu Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman sudah jadi ‘tunggang terbalik’ apabila Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) jadi ‘terlebih berkuasa’.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal Dr. Alias Razak berkata, tidak ada perubahan dalam sudut pentadbiran Razif dalam menilai dan menghargai pilihan rakyat.

“nak kiranya Kuala Nerus ini BN hanya menang satu sahaja, hanya menang di (DUN) Seberang Takir, tiga DUN lagi lagi dan Parlimen PAS menang………sepatutnya dia (Umno danBN) kena rai keputusan rakyat dalam kawasan Kuala Nerus (kerana) rakyat memilih pemimpin di Kuala Nerus ini adalah (dari) PAS,

20150404_114328_1 (2)“kejayaan rakyat melalui peti undi yang diuruskan oleh SPR kerajaan Malaysia telah mengesahkan bahawa lebih dari lima puluh peratus rakyat Kuala Nerus ini (memilih) supaya PAS mengetuai di daerah atau pun di kawasan Kuala Nerus,”jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menutup program Sukan Bola Sepak dan Bola Jaring antara Sekolah-sekolah Rendah Islam ‘Dar-dar’ yang diadakan di padang bola Batu Enam pada Sabtu 4 April.

Namun menurut Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu itu, Umno dan BN tidak mengiktiraf keputusan rakyat pada pilihanraya umum kali ke-13 yang lalu.

Bahkan perubahan ‘Tranformasi Politik’ yang dicanangkan oleh Ahmad Razif agar JKKK membantu melicinkan pentadbiran, sebaliknya menyusahkan rakyat.

Dr Alias berkata sepatutnya JKKK berada di bawah pentadbiran Pegawai Daerah dan Pejabat Daerah.

Tiba-tiba JKKK menghalang kebenaran yang diberikan oleh Pegawai Daerah dan Pejabat Daerah Kuala Nerus.

“Program sukan pada hari ini (sepatutnya diadakan di Padang Bola Bukit Tumbuh) mendapat kebenaran dari Tuan DO (Pegawai Daerah) tiba-tiba disekat oleh JKKK,

20150404_171946 (2)“jadi dalam pentadbiran Umno dan Barisan Nasional ini nampaknya JKKK lebih berkuasa dari Tuan DO…..ini sudah jadi apa orang kata…..’Kepala Patung’ ……’terbalik kot’ (tunggang terbalik),

“selama ini Dato’ Ahmad Razif mencanangkan Transformasi Terengganu Baharu….konon-kononnya nak berubah sungguhlah…….rupa-rupanya sama saja…..tidak ada perubahan dalam sudut pentadbiran (Razif),

“inikah yang dikatakan sebagai Transformasi Terengganu Baharu???……..,”soal beliau.

Dalam Majlis Penutup itu, beliau yang juga Timbalan Yang DiPertua PAS Kuala Nerus menyampaikan hadiah kepada pemenang acara Bola Jaring kepada pasukan dari Madrasah Darut Taqwa yang telah mengalahkan pasukan dari Madrasah Daru Salam, Losong.

Darut Taqwa juga meraih kemenangan berganda apabila pasukan Bola Sepaknya turut menjuarai acara Bola Sepak, dalam acara tahunan yang diadakan sehari suntuk itu.