Darut Taqwa Meraih Kemenangan Berganda

2400

KUALA NERUS – Madrasah Darut Taqwa di batu 6 dekat sini telah meraih kejuaraan berganda pada temasya Sukan Tahunan Bola Sepak dan Bola Jaring antara Sekolah-sekolah Rendah Islam (Dar-dar).

20150404_123737 (2)Acara sukan yang sepatutnya di adakan di padang bola Kampung Bukit Tumbuh terpaksa di pindah walaupun permohonan menggunakan padang tersebut telah mendapat kelulusan dari pejabat daerah Kuala Nerus.

Kedua-dua sukan yang disertai oleh enam buah ‘madrasah’ itu terpaksa berpindah ke dua lokasi, ekoran tindakan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) terbabit, yang dianggap lebih berkuasa dari pejabat daerah.

Pertandingan bola sepak diadakan di padang bola Batu Enam dan kejohanan bola jarring dianjurkan di Madrasah Darut Taqwa.

20150404_171811 (2)Dalam perlawanan akhir antara pasukan Darut Taqwa ‘A’ menentang Darul Iman, perlawanan terpaksa diadili dengan tendangan penalty apabila kedua-dua pasukan seri 0 – 0 sehingga tamat permainan.

Darit Taqwa yang telah menjadi juara tiga tahun berturut-turut sebelum ini, di isytiharkan sebagi johan setelah mengalahkan Darul Iman dengan tendangan gol 3 -2.

Sementara pasukan bola jaring Darit Taqwa menjadi juara apabila mengalahkan pasukan Madrasah Darus Salam Losong dengan jaring 20 berbalas 11.

Hadiahhadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh ADUN Bukit Tunggal Dr Alias Razak selaku Timbalan Pesuruhjaya 1PAs Terengganu yang juga telah merasmikan penutupan acara sukan tersebut pada petang Sabtu 4 April, 2015.