Ahli Parlimen, ADUN PAS Bawa Suara Rakyat Bantah Cukai Pintu

1420

Pada hari ini Selasa 6 Mei 2014, Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja KamarulBahrin Shah dan Ahli Parlimen kuala Nerus Dato’ Dr. Khairuddin Aman Razali bersama ADUN-ADUN PAS telah berkunjung ke pejabat Datuk Bandar Kuala Terengganu, membawa suara rakyat, membantah kenaikan Cukai Pintu.

BANTAH CUKAI PINTU1bBantahan dibuat apabila rakyat marah dengan taksiran semula yang terlalu tinggi sehingga mencecah 1000%, bila mana ada penduduk yang tidak pernah dikenakan cukai, tiba-tiba dicaj sehingga RM1000.

Peningkatan ‘gila’ cukai pihak berkuasa tempatan itu menambahkan beban rakyat yang sudah pun tertekan dengan kenaikan kos sara hidup

Sedangkan kualiti perkhidmatan yang diberikan oleh MBKT tidak memuaskan dengan dari segi pengurusan sampah, kemudahan awam dan sistem pengangkutan yang jauh ketinggalan berbanding bandar lain yang berstatus Bandaraya di negara ini.

-Berita lanjut menyusul……