Turun Pada 1 Mei Untuk Menuntut Keadilan

919

KEMAMAN – PAS menggesa orang ramai untuk turun berhimpun pada 1 Mei akan datang bagi berhimpun menuntut demokrasi dan pilihanraya yang adil serta bersih.

Timbalan Presidennya Haji Muhamad Sabu berkata beliau bimbang kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) akan menggunakan strategi ‘persempadanan baru’ bagi mengekalkan kemenangan pada piliharaya ke-14 akan datang.

“demokrasi pada kali ini kita kea terus berjuang, supaya dia dapat betul-betul (adil dan bersih), mungkin pilihanraya akan datang ini mungkin dia ‘main’ sempadan pula,

“dulu tahun 1999 kita (PAS) da menang 27 kerusi parlimen, (egeri) Terengganu kita menang B haya tinggal 4 kerusi, (orang) Melayu mengundi kita lebih 60% megundi kita,

IMG_6846“waktu India (dan) Cina juga mengundi kita (tetapi pada) persempadanan tahun 2003, negeri yang ramai Melayu tidak ditambah kerusi parlimen……Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis,”ujarya.

Menurutnya, Perdaa Menteri pada masa itu Tun Mahathir Mohamad berkata, beliau mahu mengajar orang-orang Melayu yang telah mengundi parti pembangkang pada ketika itu.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah sempena Ijtimak Kepimpinan PAS Tereggau pada Jumaat 18 April, di pekan Kemasik dekat sini.

Selain itu, bekas ahli parlimen Kuala Kedah itu berkata, penindasan yang berterusan oleh kerajaan Umno-BN menekan hidup rakyat dengan mengenakan cukai baru, cukai barangan dan perkhidmatan (Good and Services Tax – GST).

Katanya, negara-negara maju mengenakan cukai yang tinggi tetapi kadar ketirisan perbelanjaan negara, rasuah dan penyelewengan adalah rendah.

Disamping itu, walaupun negara-negara tersebut mengenakan cukai yang tinggi, beliau mendakwa, banyak kebajikan yang telah diberikan kepada rakyatnya.

Sebalikya, kerajaan Malaysia yag diterajui oleh Umno-BN terus melakukan peyelewengan dan ketirisan berdasarkan laporan ketua audit Negara pada setiap tahun.

Oleh itu, beliau mahu semua rakyat turun pada 1 Mei ini bagi menunjukkan penentangan kepada kerajaan yang zalim sekaligus menukar pemerintahan Negara pada pilihan raya yang akan datang.

IMG-20140418-WA0103“kita mahu rakyat bangun menentang, tanda penentangan ini sekali dengan tukar pemerintah pada pilihanraya akan datang,

“oleh itu kita akan turun beramai-ramai pada 1 Mei ini di Kuala Lumpur sebab keadilan tidak akan datang (bergolek) begitu melainkan melalui tuntutan,

“kerajaan tidak bertindak tegas dalam menangani rasuah, tiris dan penyelewengan,”tegasnya.
Turut sama berucap dalam majlis tersebut adalah Timbala Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah dan Timbalan Pesuruhjaya I PAS Teregganu YB Dr Alias Razak.

Hadir sama adalah Ahli Jawatkuasa PAS Pusat Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik, Pesuruhjaya PAS PAS Terengganu YB Ustaz Satiful Bahri Mamat dan semua pemimpin PAS negeri Terengganu.