Pesawah Kampung Jelapang Rugi; Hasil Padi Merosot Teruk

1026

Seorang pesawah, Abdul Rahman Awang berkata, hasil tuaian padi pada akhir tahun lalu telah merosot sehingga lima puluh peratus menyebabkan para pesawah mengalami kerugian.

Beliau berkata antara faktor yang menyebabkan keugian tersebut adalah diskriminasi pembahagian input baja dan racun selain sistem saliran yang tidak sempurna dan giliran mesin menuai yang mendahulukan mereka yang rapat dengan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK)

“pilih kasih dalam pemberian bantuan baja dan racun………..hasil padi tidak menjadi kerana serangan penyaki, menyebabkan sebahagian besar pesawah rugi teruk, giliran jentera penuai juga diutamakan kepada ‘suku-sakat’,

“sistem saliran yang tidak betul, sawah tak kering molek………jadi mesin (menuai) padi ‘lekat’,”katanya.

[Gambar – daun padi kekuningan kerana tidak cukup baja…….. dan ada yang diserang oleh penyakit ‘karah padi’ kerana masalah ‘diskriminasi’ agihan input benih, baja dan racun yang mendahulukan suku sakat Umno]

Menurutnya, petani bersusah payah bekerja siang dan malam, tetapi projek penanaman padi Kampung jelapang yang dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi tidak mendatangkan hasil yang lumayan.

Katanya, hampir RM50 juta dibelanjakan kerajaan untuk sistem saliran, punca air tidak ada dan pegairan tidak sempurna menyebabkan pertumbuhan padi menghadapi masalah.

Oleh sebab itu, kata beliau, ada ‘ura-ura’ pihak yang bertanggungjawab mahu menangguhkan penanaman padi pada musim hadapan.

Sehubungan itu, Setiausaha Majlis Tindakan DUN (MTD) PAS Langkap Abdul Raof Mohamed menyifatkan, projek penanaman padi Kampung Jelapang gagal kerana tidak ada kajian terperinci dibuat terlebih dahulu sebelum membuka semula tanah sawah tersebut.

Beliau yang juga bekas kakitangan Jabatan Pertanian berkata, ia adalah kerana sikap ‘gelojoh’ Dato’ Seri Ahmad Said yang tergesa-gesa mengarahkan perlaksanaan projek tersebut.

“selepas tiga musim menanam, jelas ia sebuah projek yang gagal! kerana mahu ‘nyohor’ (mahukan nama) kononnya mengukir sejarah kerana buka sawah baru, buka jelapang padi baru……..sedangkan kajian terperinci tidak dibuat,

“MB arah…….ia mesti dilaksanakan juga sedangkan dalam pengeluaran skala yang besar, infrastruktur mesti disiapkan terlebih dahulu, selepas itu barulah boleh menanam padi, tetapi di sini (Kampung Jelapang) tidak……..sambil kontraktor buat parit sambil petani menanam,

“akhirnya bila buat molek saliran di hujung projek, air tak cukup…….tak sampai pun air……….yang susah petani, rugi masa rugi tenaga,”jelasnya.

……….[berita lanjut menyusul]..