Isu Pemasangan Bendera: UMNO-BN Jangan Perkudakan Penguatkuasa PBT

2652
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita17/bendera%20pas%20dicabut%20bendera%20BN%20dibiarkan.jpg

Tanpa menafikan terdapat bendera PAS tersebut dipasang di tempat yang dilarang, namun sikap ‘double standard’ yang ditunjukkan penguatkuasa PBT sangat tidak boleh diterima.

Mengapa dalam banyak-banyak tempat larangan memasang bendera parti politik, tempat yang banyak dipasang bendera PAS yang dipilih? Malah terdapat bendera yang dipasang tidak sampai 24 jam, sudah dibuang.

Sedangkan pihak UMNO / BN bukan sekadar memasang bendera di tempat yang dilarang, malah menggunakan premis kerajaan bagi dijadikan markas dan bilik gerakan. Lihat sahaja bangunan balai raya, pusat komuniti dan sekolah yang tidak segan silu digunakan UMNO / BN bagi menjalankan aktiviti parti mereka.

[Gambar – ‘double standar’ dalam tindakan penguatuasa pihak berkuasa tempatan, bendera PAS direntap penguatkuasa, sedangkan bendera ‘dacing’ sikit tidak diusik]

Bendera BN yang terpasang di Jambatan Sultan Mahmud, bukan baru semalam dipasang. Namun apa tindakan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT)?
Apakah bendera BN tersebut akan dibuang setelah PAS menaikkan bendera PAS di jambatan tersebut seperti mana yang dilakukan MBKT terhadap bendera PAS di Jambatan Kuala Ibai? Ketika itu pihak MBKT mahu berlagak adil kerana menurunkan kesemua bendera parti politik?

Saya percaya, penguatkuasa PBT hanyalah menjalankan tugas dalam bidang kuasa yang mereka ada. Namun, pihak yang ‘mengatur’ tindakan PBT ini adalah pemimpin-pemimpin UMNO/BN itu sendiri.

Muhammad Zaidan Abdullah
Setiausaha
Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu