Tetapi sebaliknya, hasil sebenar yang diterima daripada kerajaan persekutuan adalah dalam bentuk Terimaan Dana Khas Daripada Kerajaan Persekutuan yang dikeategorikan sebagai Terimaan Bukan Hasil.
Menurut Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Terengganu YB Dr Alias Razak, ia menunjukkan bahawa Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said membohongi seluruh rakyat Terengganu apabila Ahmad menyatakan bahawa isu royalti sudah selesai dan kerajaan negeri sudah menerima hasil wang royalti itu.
“tidak ada penerimaan royalti minyak, yang ada Terimaan dana Khas Daripada Kerajaan Persekutuan……. Ahmad Said ‘lebong’….tipu rakyat,
“dia (Ahmad Said) kata royalti dah selesai, Terengganu dah dapat bayaran (royalti),”tegas Dr Alias ketika ditemui di pejabat Perhubungan PAS Terengganu, Taman Seri Intann dekat sini selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Isu Negeri pada Selasa 6 November.
Beliau berkata demikian ketika mengulas Laporan Ketua Audit Negara Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan Pengrusan Kewangan Jabatan/ Agensi negeri Terengganu Tahun 2011 yang baru diterbitkan Jabatan Audit Negara Malaysia.
Oleh itu, beliau menyifatkan tindakan Ahmad menarik balik saman tuntutan royalti minyak petroleum terhadap Petronas dan Kerajaan Malaysia oleh Kerajaan Terengganu sebagai satu tindakan menyerahkan ‘bulat-bulat’ wang hasil negeri kepada kerajaan pusat.
“Tindakan Ahmad tarik balik saman (royalti) macam ‘serah bodoh’ pitih hasil negeri, duit rakyat Terengganu kepada kerajaan pusat sebab royalti tetap royalti, itu yang termaktub dalam perjanjian akta kemajuan petroleum 1974,
“nama lain…… apa juga dipanggil selain royalti……wang ehsan ke…..dana khas ke….bukan royalti sebab wang ehsan dan dana khas tak ada dalam perjanjian…..undang-undang itu,”jelasnya.
Justeru beliau menyeru seluruh rakyat Terengganu sedar dan insaf bahawa Umno dan Barisan Nasional (BN) sedang mempermainkan rakyat dan menipu rakyat Terengganu.
“Umno-BN mempermainkan rakyat……menipu rakyat….rakyat sudah cerdik dan akan tolak Umno-BN pada pilihanraya umum ke-13 akan datang,”katanya.




























