Menteri Umno Memperbodohkan Rakyat Dengan Alasan Remeh

1286
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita6/kempen%20penyusuan%20ibu.jpg

Pengerusi Lujnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Terengganu Dr Azman Ibrahim menempelak  pemimpin Umno yang berlagak ‘kononnya’prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh rakyat.

“Janganlah berlagak prihatin kononnya nak menggalakkan ibu-ibu menyusukan anak, nak mengurangkan diabetes, nak menggalakkan rakyat berjimat, nak itu dan ini… Akhirnya rakyat dimangsakan dgn kenaikan harga barang,

“Menteri Umno memperbodohkan rakyat dengan alasan remeh adalah (menjadi) tanda-tanda betapa rendah daya fikir pemimpin Umno,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah stesyen telivisyen semalam 8 September, yang mengungkap Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, harga susu bayi yang rendah tidak membantu kempen meningkatkan penyusuan susu ibu.

Dr. Azman menegaskan, tidak ada bukti kajian menunjukkan bahawa kadar penyusuan susu ibu adalah berkait dengan samada harga susu rendah atau tinggi di pasaran.

Sebaliknya kata beliau, ada kajian menunjukkan penyusuan susu ibu adalah berkait dengan sikap para ibu dan dasar-dasar kerajaan yang ‘kondusif’.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita6/drman.jpgBeliau yang pernah menuntut di negara Iraq berkata, di negara tersebut ibu-ibu yang bersalin diberi cuti bergaji penuh selama enam bulan dan ia boleh disambung enam bulan lagi dengan cuti separuh gaji.

“Di Iraq cuti bersalin bergaji penuh 6 bulan, boleh sambung 6 bulan lagi dengan separuh gaji. (Ia) Sangat membantu ibu-ibu menyusukan bayi mereka,”jelasnya.

Beliau menyarankan, Ismail Sabri selaku Menteri yang bertanggungjawab agar dapat menurunkan harga barangan dan perkhidmatan yang secara langsung berkait dengan kos sara hidup.

Katanya, kos sara hidup yang tinggi menyebabkan para ibu terpaksa mengutamakan karier demi kelangsungan perbelanjaan membiayai kehidupan seharian menyebabkan ibu bapa menghantar anak-anak mereka kepada pusat-pusat jagaan.

“Secara langsung bayi-bayi akan menjadi penghuni ‘nursery’ dan membesar dengan ‘susu lembu’ bukan susu ibu…..bukan setakat bayi yang terabai, malah institusi keluarga keseluruhannya turut terjejas,

“….bayangkan ibu bapa meninggalkan rumah ketika hari masih gelap dan pulang ke rumah ketika anak-anak telah dibuai mimpi,”katanya.