KUALA TERENGGANU – Kerajaan PAS Negeri Terengganu telah memutuskan, akan mengumumkan pelaksanaan 20 Manifesto awal yang telah dijanjikan, setiap satu pada setiap minggu, bermula hari Rabu lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, janji pertama yang akan dilaksanakan ialah 20 meter padu air percuma kepada golongan miskin.
“dalam mesyuarat Exco baru-baru ini, kita telah memutuskan insya Allah pada setiap minggu akan ada pengumum dan pengisytiharan terhadap 20 manifesto,
“yang telah kita isytiharkan pada rakyat Terengganu khususnya dan insya Allah minggu depan ada yang lain pula,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media dalam program pengagihan murtabak untuk juadah berbuka puasa pada Khamis, 17 Mei.
“Saya bersama Timbalan Exco YB Ustaz Hishamuddin Abd Karim telah membuat satu lawatan ke salah sebuah anak syarikat di bawah portfolio saya iaitu TSG Terengganu Cycling Team yang kita berjaya lakukan,
“dengan tema bersama kita menuju Terengganu Maju Berkat dan Sejahtera,” ujarnya.
Menurutnya, beliau dan rakan-rakan daripada DUN Wakaf Mempelam telah mengagihkan murtabak istimewa untuk juadah berbuka puasa bagi yang lalu di Jalan Kampung Kubang Jambu Durian Burung.
“Insya Allah semoga program ini kita akan teruskan dari semasa ke semasa sebagai mensyukuri nikmat ramadhan yang datang kepada kita tahun ini,
“ dan juga mensyukuri diatas nikmat kemenangan yang telah pun dikurniakan oleh Allah SWT kepada rakyat Terengganu,” jelasnya.
Tambah YB Wan Sukairi lagi, banyak program yang telah dirancang dan Insya Allah kita akan hebahkan semasa ke semasa.