Aduan Masyarakat Petani Akan Diselesai Segera

1499

KUAL A TERENGGANU – Pemimpin kerajaan PAS Terengganu akan mengambil tindakan segera menyelesaikan setiap aduan rakyat yang melibatkan kepentingan masyarakat petani.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa YB Dr Azman Ibrahim berkata, masalah yang dihadapi akan diselesaikan oleh pihak kerajaan agar rakyat menerima manfaat sepenuhnya.

“Perbincangan antara Penolong Setiausaha SUK dengan Pegawai Pembangunan Pertanian Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) pagi tadi,

“menyebabkan hubungan baik antara pegawai dan agensi kerajaan akan terbina supaya kerja berjalan dengan lancar dan berkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam laman sosialnya pada Khamis, 17 Mei.

Katanya, beliau berusaha keras untuk memahami Prosedur Operasi Standard (SOP) dan selok belok pentadbiran kerajaan negeri terutama jabatan dan agensi yang berkait dengan pertanian, industri asas tani dan pembangunan desa.

“Karenah ‘birokrasi’ (cara pentadbiran yang banyak melibatkan peringkat dan peraturan) dikurangkan,

“dan tersenyum bila dimaklumkan kepada pegawai bahawa saya boleh dihubungi 24 jam sehari,” ujarnya.