PAS Besut Bertindak Bantu Penduduk Terjejas Dalam Kebakaran

24
Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad (dua dari kiri) bersama Ahli Parlimen Besut merangkap Komandan Khidmat Malaysia Besut, Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (dua dari kanan) menyampaikannya sumbangan barangan keperluan asas kepada mangsa kebakaran di Seberang Jerteh.

BESUT – PAS Kawasan Besut bekerjasama rapat dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) bagi menguruskan manga kebakaran yang berlaku Di Seberang Jerteh, Rabu lalu.

Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata, petugas Pusat Khidmat DUN terbabit telah menguruskan penempatan sementara kepada mangsa yang terkesan.

“Kita memudah cara urusan penggantian dokumen penting mangsa yang musnah, serta merangka pelan bantuan jangka panjang.

“Bagi pihak PAS saya nenyampaikan rasa simpati dan dukacita mendalam atas ujian berat yang menimpa kesemua lima keluarga terbabit.

“Anggota Khidmat Malaysia Besut telah berada di lapangan bagi menyalurkan barangan keperluan asas mendesak seperti tilam (toto), kit makanan, serta bantuan pembersihan di lokasi kejadian,” ujar beli ketika dihubungi.

Menurutnya, dalam kejadian berlaku kira-kira jam 10.28 pagi,
sederet rumah jenis kekal musnah dalam musibah kebakaran besar di Perumahan Awam Kos Rendah (RAKR) Peringkat 2, Seberang Jerteh.

“Kejadian turut mengakibatkan seorang pekerja kedai perabot, Muhammad Rais Rosli, 34, mengalami kecederaan melecur di tangan kiri akibat terkena bahang panas sewaktu berusaha mengeluarkan tong gas dari rumah sewanya.

“Lebih memilukan, mangsa berdepan kerugian besar apabila wang tunai simpanannya berjumlah RM25,000 berserta duit raya anak-anaknya sebanyak RM5,000 yang disimpan di dalam rumah sejak dua tahun lalu hangus dijilat api.” tambahnya.

ADUN Jerteh merangkap Pengarah MTD PAS DUN Jerteh, Dr. Riduan Md Nor (tengah) menyantuni mangsa kebakaran sambil menyelaras bantuan bersama agensi berkaitan.

Menurut laporan, kata beliau, kebakaran memusnahkan keseluruhan dua buah rumah, manakala tiga buah rumah lagi mengalami kerosakan antara lima hingga 50 peratus.

Bagaimana pun, beliau bersyukur tiada kemalangan jiwa yang berlaku, kerana tiada penghuni berada di dalam rumah dan anak-anak mangsa di sekolah.

“Kehilangan tempat berteduh sekelip mata, ditambah pula dengan kecederaan fizikal dan hangusnya wang simpanan serta duit raya anak-anak yang bernilai keseluruhan RM30,000, adalah satu dugaan yang amat berat untuk ditampung,” kata Ustaz Wan Azhar.

Sementara itu, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berjaya mengawal api sepenuhnya pada jam 11.13 pagi.

Operasi dijayakan oleh 14 anggota bersama dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jerteh dengan bantuan BBP Besut.