Ameerah Mantapkan Agenda Beliawanis

12

HULU TERENGGANU – Ameerah terus menegaskan komitmen untuk memperkasa peranan dan aktivisme golongan beliawanis khususnya dalam daerah ini.

Timbalan Ketua 1 Ameerah Hulu Terengganu, Hanisah Deraman berkata, agenda penting adalah untuk menyantuni anak muda, di samping mengeratkan hubungan silaturahim.

“serta menyusun strategi gerak kerja yang lebih teratur di peringkat daerah.

“Antara fokus utama yang diteliti dalam pertemuan tersebut ialah penganjuran Kejohanan Alamanda Bola Jaring,” ujarnya
.

Beliau berkata demikian ketika mengulas program ‘Kunjung Hormat’ Ameerah bertemu Ahli Parlimen Hulu Terengganu. Dato’ Rosol Wahid pada Selama 4 Ogos.

Menurutnya Kejohanan Piala Isteri YB Parlimen Hulu Terengganu itu bakal menyaksikan persaingan sengit antara lapan pasukan.

“setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam parlimen berkenaan akan menghantar dua pasukan mewakili DUN masing-masing,” jelasnya.

Sehubungan itu, Dato’ Rosol menyambut baik inisiatif berkenaan dan memuji Tindakan pro-aktif Ameerah Hulu membawa suara serta aspirasi beliawanis tempatan.

“Pelbagai perkara telah dibincangkan, khususnya berkaitan usaha memperkasa peranan anak muda, memperkukuhkan kebajikan masyarakat serta memperluaskan kerjasama dalam pelaksanaan program yang memberi manfaat kepada penduduk Hulu Terengganu,” katanya.

Selain penganjuran kejohanan sukan tersebut, perbincangan di kediaman beliau turut menyentuh isu-isu kebajikan golongan wanita, sokongan keluarga, serta pembangunan sosioekonomi penduduk setempat.

Beliau berharap pertemuan itu dapat menjadi titik tolak kepada jalinan kerjasama yang lebih erat dan berterusan antara media belah pihak.

“Saya amat menghargai kesungguhan Ameerah Hulu Terengganu menyumbang idea dan berharap pertemuan positif ini,

“menjadi satu permulaan kepada jalinan kerjasama Antara organisasi beliawanis demi kesejahteraan serta kemajuan komuniti secara keseluruhan,” tegasnya.