Umno dan Kezaliman, Berpisah Tiada!

1005

KUALA NERUS – Sejak dari zaman pemerintahan Tan Sri Wan Mokhtar Wan Ahmad sebagai Menteri Besar Umno negeri Terengganu sehinggalah Dato’ Ahmad Razif Abdul Rahman, Umno meneruskan dasar yang menzalimi rakyat Terengganu.

Bekas Setiausaha Jawatankuasa Pembelaaan Hak-hak Rakyat Terengganu Ustaz Wan Sukairi berkata ‘Umno dan kezaliman berpisah tiada’.

“dan sekarang (Dato’) Ahmad Said jatuh (sebagai Menteri Besar) naik pual Razif…….yang kononnya dicanangkan sebagai pemimpin yang baik dan bersih,

wan sukairi“(tapi) sifat Umnonya muncul dan dia (Razif) bertindak sebagai seorang pemimpin Umno…..melakukan kezaliman, sebab itulah saya (suka) ulangi sekali lagi,

“Umno dan kezaliman berpisah tiada……Umno dan meroboh rumah rakyat bagai isi dan kuku……bagai aur dan tebing….ini lah yang berlaku,”jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perhimpunan Solidariti Banggol Donas, dekat sini pada Isnin 13 April, kerana membantah tindakan kerajaan yang mahu merobohkan rumah penduduk.

Beliau mengucapkan syabas dan ‘salute’ kepada Tuan Haji Salleh Embong dan rakan-rakanya yang bersemangat mempertahankan tanah milik beliau.

Menurutnya, mempertahankan harta adalah satu kewajipan kepada orang Islam sebagaimana yang telah diajar nabi Muhammad SAW.

“dalam hadis Nabi SAW bersabda…..orang yang mati disebabkan kerana mempertahankan hartanya, maka matinya adalah mati syahid,

“dan (ia) adalah warisan yang telah ditunjuk ajar oleh datuk nenek moyang kita……kita ambil semangat Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong…..kita ambil semngat Tok Ku Paloh……kita ambil semangat Megat Terawis,”tegas beliau.

20150413_104709 (2)Menurutnya lagi, Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong mempertahankan prinsip pemilikan tanah adalah milik Allah, menentang undang-undang British yang menggubal perlembagaan baru bahawa semua tanah di negeri Terengganu adalah milik kerajaan.

Justeru, beliau memberi peringatan kepada semua penjawat awam bahawa, semua manusia adalah hamba Allah SWT dan tidak ada seseorang pun yang boleh mengatasi kuasa Allah.

Beliau menegaskan, seragam dan pangkat yang dipakai adalah untuk keamanan dan keadilan, bukannya untuk melakukan kezaliman kepada rakyat.

Oleh itu, menurut beliau, sebagai hamba Allah, haruslah berhati-hati melaksanakan arahan supaya tidak melakukan ‘maksiat’ kepada Allah.

“betul kamu adalah penjawat awam……tapi yang sebenarnya kamu adalah hamba Allah {oleh itu) kita kena ingat…….sekiranya kita sanggup buat apa yang diarahkan oleh tuan kita walaupun benda itu salah…..benda itu haram,

“pada waktu itu kita bukan lagi hamba Allah (tetapi) kita pada waktu itu adalah hamba kepada tuan kita…..,”katanya.

https://youtu.be/6ZNrAr6CcNw