Semua Bahan Mentah Naik Selepas Kerajaan Laksana GST

1959

KUALA TERENGGANU – Bukan sahaja bahan mentah bagi sesuatu pengeluaran naik, bahkan semua kos meningkat sejak Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Good and Service Tax – GST) dilaksanakan.

Pengusaha produk makanan Aqila, Puan Kamariah Ahmad berkata, itulah sebabnya para pengeluar juga terpaksa menaikkan hasil mereka.

”dulu saya guna botol kaca murah sikit….sekarang gunabotol plastik, harga pun dah naik……hanya 40 sen sebotol (kosong) sekarang dah naik 45 sen,

”semua naik harga…..bahan mentah dan semua….sebab itu harga (produk) setiap keluaran pun bertambah,” jelasnya.

Beliau yang dikunjungi di rumahnya yang terletak di Kampang Pandan Jaya, Penarik pada Selasa lalu berkata, para pembekal bahan mentah boleh menaikkan harga pada bila-bila masa sahaja.

”tetapi kami pengeluar…..terutama yang kecil-kecilan tak boleh naikkan harga sesuka hati, terpaksa menanggung kerugian apabila,

”pembekal menaikkan bahan mentah mereka,” ujar beliau yang memulakan perniagaan itu bersama-sama ahli keluarganya.

Beliau juga mengeluh, selain daripada harga yang meningkat akibat GST, pasaran juga semakin sempit ekoran pemilik beberapa pasar raya besar yang hanya juga menghadapi tekanan ekonomi.

”dulu dia (pemilik pasar raya) terima hantara kita dalam jumlah yang agak banyak juga dalam masa sebulan, sekarang tak lagi mahu menerima jumlah itu,

”sekarang mereka minta hantar secara mingguan dengan jumlah yang lebih kecil,” kata beliau.

Selain mengeluarkan sos cili, sos tomato dan sos pencicah, Perusahaan Makanan Aqila turut membekalkan cuka tiruan serta perencah ikan bakar.

Kamariah berkata, selepas berhenti ‘makan gaji’ dan duduk di rumah mengasuh anak-anak, beliau diberi ‘cetusan pemikiran’ oleh suaminya.

Katanya, beliau mencuba mengeluarkan sos pencicah resepi ibunya yang sejak sebelum tahun 2003 lagi.

Justeru itu, beliau menyambut baik tawaran manifesto PAS yang mahu menggantikan cukai GST dengan cukai koperat yang akan menyumbang kepada pendapatan negara.

Katanya, beliau juga mengalu-alukan usaha PAS Terengganu yang mahu menyediakan Tabung Pinjaman Usahama sebanyak RM10 juta setahun, sekiranya diberi mandat oleh rakyat pada pilihan raya umum kali ke-14, 9hb Mei depan.