Sebahagian Besar Manifesto Dilaksanakan Sejak PAS Diberi Mandat

2321

Oleh : Adli Mohamad.

DUNGUN – Sebahagian besar manifesto yang dijanjikan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu telah ditunaikan sepanjang tempoh sejak mendapat mandat dan kepercayaan rakyat, mentadbir negeri ini.

Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Dato’ Ustaz Husain Awang berkata 20 perkara yang dijanjikan melalui manifesto PAS itu, sedang dirancang bagi bagi dilaksanakan secara keseluruhan.

“Dan setakat ini kita telah pun berjaya melaksanakannya lebih dari 50 peratus, hampir 60 peratus. Yang baki lagi sedang dalam perancangan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ditemui pihak media, ketika hadir merasmikan Bangunan PASTI Darul Qur’an Jerangau Sungai, bertempat di Bangunan PASTI Darul Qur’an, pada Jumaat, 22 Mac 2019.

Hasil kejayaan menunaikan manifesto berkenaan menurut beliau adalah kerana PAS mengikut kehendak dan juga agenda yang telah dirancang, bukan semata-mata hanya pandai berjanji sebagaimana kerajaan PH.

“Dan ianya mengikut sebagaimana yang dijadulakan oleh parti (PAS) sebagaimana yang tercatat didalam menifesto Pilihanraya Umum ke-14 yang lalu,” ujarnya.

Oleh itu beliau menyatakan bahawa semua jentera-jentera kerajaan PAS Terengganu di peringkat akar umbi bergerak aktif dan banyak cawangan baru telah ditubuhkan

“Ianya berjalan dengan baik dan lancar, InsyaAllah kedudukan kerajaan dan juga parti adalah berjalan dengan seiring,” jelasnya.

Peristiwa Berdarah NZ, Mengandungi Hikmah Kebangkikatan Islam

Sehubungan itu, beliau menyifatkan peristiwa berdarah di Christchurch mengandungi hikmah dan mesej dari Allah tentang kebangkitan Islam.

Kata beliau yang juga Ahli Dewan Negara, umat Islam apabila ditimpa musibah sebagaimana yang berlaku di Negara New zealand tersebut akan bangkit.

“(Mereka) yang imannya sebesar biji sawi dia akan bangkit dan akan sedar, (bahkan) bukan sahaja dikalangan orang Islam tetapi juga orang-orang awam yang bukan Islam.

“Juga (akan) menunjukkan simpatu dan banyak nak tahu mengenai Islam ini, “ujarnya.

Jelasnya, apabila rakyat negara berkenaan melalui Perdana Menteri Negara New Zealand, Jacinda Ardem bersolidariti dengan umat Islam di berkenaan dengan cara disiarkan azan secara nasional melalui TVNZ dan RadioNZ ianya memberi isyarat menunjukkan satu perkembangan yang baik.

“Dan moga-moga apa yang berlaku itu memberi satu laluan kepada umat Islam ini untuk bangkit dan juga untuk bersatu,”jelasnya.

Sehubungan itu, beliau menyatakan PAS berpandangan bahawa pembunuhan yang berlaku terhadap seramai 50 orang di Christchurch adalah satu pembunuhan yang tidak bermoral dan bercanggah.

“Bukan sahaja kesalahan dari hukum Islam tetapi kesalahan dari sudut kemanusiaan, (dari) hukum adat pembunuhan itu juga merupakan satu kesalahan.

“Dan oleh kerana itu kita (PAS) mengutuk apa yang telah berlaku dan kita mengharapkan supaya saudara-saudara kita yang terkorban itu mendapat kedudukan di kalangan para syuhada di sisi Allah SWT.” ujarnya.