KUALA TERENGGANU – Seluruh jentera pilihan raya PAS digesa meningkat dan memperkukuh gerak kerja bagi memperhebat persiapan ke arah mengambil alih kepimpinan negara.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato’ Haji Ahmad Amzad Hashim berkata, perkembangan dunia hari ini jelas menunjukkan betapa pentingnya perjuangan Islam diperkasakan Untuk memimpin dan menyatupadukan umat
Menurutnya, selepas kegagalan Umno yang sebelum ini dilihat sebagai juara orang Melayu, kini PAS muncul sebagai parti yang mendapat sokongan meluas dalam di seluruh negara.
“Rakyat ingin melihat kita menjadi juara kepada perjuangan Islam dan kepimpinan Melayu yang menjunjung kedaulatan Islam,” katanya.
Berucap dalam program Pelancaran Jentera Pilihan Raya peringkat DUN Wakaf Mempelam semalam, beliau menambah beliau, DUN tersebut bukan kawasan ‘biasa-biasa’.


Sebaliknya kata beliau, ia merupakan benteng kekuatan PAS di Kuala Terengganu yang mempunyai sejarah sokongan kukuh rakyat.
“sekali gus menjadi cerminan kepada kekuatan gerak kerja di peringkat akar umbi.” jelasnya
Oleh itu, beliau menegaskan mesyuarat agung cawangan tidak seharusnya dilihat sekadar memenuhi perlembagaan parti.
“tetapi perlu dijadikan medan menilai keberkesanan gerak kerja, mengenal pasti kelemahan serta merancang program bagi meningkatkan prestasi cawangan.”ujarnya.
Justeru beliau mengingatkan, kemenangan besar tidak akan dicapai sekiranya jentera hanya bekerja secara ‘normal’.


“Sebaliknya memerlukan usaha luar biasa bagi mencapai keputusan yang lebih cemerlang pada masa hadapan.” tegas beliau.
Dalam pada itu, beliau berkata, kehidupan rakyat semakin tertekan dengan peningkatan kos sara hidup, harga barang yang ‘mencanak’.
“selain itu, cabaran terhadap kedudukan agama Islam, Syariah dan hak orang Melayu termasuk pemilikan tanah rizab dan aset.
“Rakyat hari ini sedang melihat, menilai dan membuat perbandingan. Mereka mahukan kepimpinan yang boleh dipercayai,” ujarnya.
Oleh yang demikian, kata beliau, pelancaran jentera menjadi isyarat jelas bahawa PAS kini memasuki fasa kesiapsiagaan menghadapi pilihan raya dan semua jentera di semua peringkat perlu bergerak aktif tanpa menunggu arahan.
“Kemenangan bukan kerana kita ramai, tetapi kerana kita tersusun, berdisiplin dan patuh kepada pimpinan, di samping sentiasa mengharapkan reda Allah,” katanya.
































