Rintihan Nelayan 2; Sistem Jual Beli Ikan Tidak Konsisten, Merugikan Nelayan

1414

SETIU – Pihak berkuasa diminta campurtangan dalam sistem jual beli ikan dan pencerobohan nelayan asing, yang didakwa para nelayan merugikan serta mengancam mata pencarian mereka.

Salim Abdullah, 47, dari Kampung Batu Rakit berkata, beliau tidak puas hati beliau terhadap sistem pembayaran harga ikan yang diamalkan di negeri ini.

“Kalau kita tengok di tempat kita, Terengganu dengan negeri-negeri lainlah, di sebelah Johor atau Kedah, yang mana sistem pembayarannya ‘owner’ berbeza.

Salim Abdullah“Dia mengawal harga ikan, contohnya, harga ikan RM4, kalau di Johor, harganya tetap,

“tapi di sini , mula-mula nelayan pertama bawa balik ikan harganya RM4, tapi bila ramai doh nelayan balik harga akan menjadi kurang,”katanya.

Beliau mengeluh dan berkata, dengan keadaan begitu, sampai bilalah hidup ‘orang ke laut’ akan senang, dan berduit.

Sedangkan, katanya, kadang kala, berminggu-minggu nelayan pulang tanpa hasil, tetapi bila ada tangkapa, harga ikan rendah.

“doh lah berminggu ikan tak dok, bila masuk dua hari (ada tangkapan) harga doh turun.

“Macam bulan Oktober, orang nelayan nak simpan duit untuk musim bah, jadi tu tidak boleh simpan duit……..hutang tahun lepas dok leh bayar lagi dan nak berhutang pulok,”kata beliau kesal.

Justeru beliau berharap, kerajaan dapat mengambil tindakan, agar mekanisma harga di pasaran borong ikan, memberikan kelegaan kepada para nelayan.

Salim Abdullah1“Jadi kita harap pihak kerajaan, kalau boleh mintak harga tu agak stabil……….ambillah cara-cara yang digunakan oleh taukeh-taukeh bangsa asing,”

Selain itu, katanya, isu yang menyebabkan para nelayan kecil kurang hasil ada kerana pencerobohan yang berlaku antara ‘kelas bot’ dan kawasan yang telah ditetapkan.

“Kalau kita tengok kawasan Pulau Bidong sendiri dan Pulau Redang, kalau kita, kalaulah kita tahu bot yang lesen C ni, pukat cerut dan pukat tunda, kalau ikut jaraknya 12 batu nautika, 12 batu nautika ni jauh,

“tapi apa yang kita tahu, pencerobohan ni, dia orang mari sampai 3 batu, 5 batu dari Pulau Bidong dan Pulau Redang sendiri. Benda ini memang orang tau.

“Kalau dari Bidong, bot dari Kuala Terengganu , bot lesen B, boleh masuk rapat. Kalau bot-bot pukat tunda ni boleh masuk, kat mana nelayan kecil ni nak cari ikan,”tegas beliau.

Lihat dab baca>>Rintihan Nelayan 1; Pihak Berkuasa Perlu Turun Dan Siasat

https://youtu.be/tdsX8-pJJB4