‘Geng Ustaz’ Buat Laporan Polis Terhadap Tindakan Persatuan Hokkien

868

Pertubuhan Pendokong Dan Pecinta Ulamak (Geng Ustaz) telah membuat laporan polis terhadap tindakan Persatuan Hokkien Malaysia, yang boleh mengundang suasana tegang antara Agama kerana menghasut.

Menurut Presidennya Ustaz Norazli Musa, usaha mendapatkan sejuta tandatangan oleh persatuan itu untuk membantah pindaan RUU 355, disifatkan sebagai satu campurtangan yang melampau,

“dan (ia) melanggar sempadan kebebasan mengamalkan aktiviti beragama yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia serta Agama Islam sebagai Agama Persekutuan serta semangat Raja Berperlembagaan.

IMG_20160824_215831“Justeru itu kami membuat laporan polis terhadap tindakan persatuan itu,”ujarnya menurut kenyataan ang dikeluarkan, selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Shah Alam, hari ini.

Katanya, kebimbangan pihak beliau ada asasnya, sekiranya berlaku tindakbalas dari orang awam serta dari kalangan umat Islam yang merupakan majoriti di negara ini.

“tentu sahaja boleh mengundang suasana tegang yang mengakibatkan ketenteraman negara terganggu,”jelasnya.

Oleh itu, belau berharap pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya.

“kami ingin meminta pihak polis menyiasat langkah Persatuan Hokkien tersebut dibawah Akta Hasutan dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap mereka,

“kerana tindakan yang mereka ambil boleh disifatkan ingin menghasut masyarakat bukan Islam untuk menentang dan menghalang orang Islam daripada beramal dengan agamanya,”kata beliau lagi