PRU14; Tanggungjawab Besar Kepada Semua Pengundi Wanita

960

KUALA TERENGGANU – Tanggungjawab besar untuk mengundi pada pilihan raya umum kali ke-14 (PRU14) mestilah diambil peluang sebaiknya oleh para pengundi wanita.

Pengarah Pilihan Raya Muslimat PAS Terengganu Hajah Shamsiah Abu Bakar berkata, wanita yang merupakan majoriti jumlah pengundi mestilah membuat pilihan yang terbaik untuk masa depan negara.

”oleh kerana lebih daripada separuh pengundi pada PRU14, mereka adalah mempunyai kuasa untuk menentukan siapa yang akan mentadbir negara dan negeri selepas hari mengundi 9hb Mei,

”oleh kerana pentingnya undi golongan wanita, tanggungjawab yang besar ini mesti dilakukan secara terbaik,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu dalam sesi Program Mesej Dari Dapur Muslimat pada Khamis 11 April, di sini.

Oleh itu beliau berkata, menurutnya, tidak dapat disangkal lagi kepentingan kepada semua pengundi hadir diri dan mengundi di pusat-pusat pengundian pada hari tesebut.

Beliau menyeru khususnya kepada sekalian pengundi agar ‘balik kampung’ pada ‘hari raya’ selama lima tahun sekali itu.

”separuh daripada pengundi wanita adalah pengundi wanita muda (pengundi pertama kali) dan kebanyakan mereka berada di luar negeri Terengganu….sama ada mereka masih belajar atau pun baru bekerja,

”maka saya dengan penuh rasa tanggungjawab dan meminta yang berada diluar untuk pulang pada hari pembuangan undi,” jelasnya.

Justeru beliau yang juga Ketua Muslmat PAS Kuala Terengganu dengan rendah diri memohon agar pengundi memilih PAS pada PRU ini kerana parti itu telah menawarkan Manifesto yang istimewa.

”kami memohon dan mengharapkan semua mengundi PAS kerana PAS menawarkan Manifesto yang mencakupi semua peringkat dan,

”mahu mendirikan negara yang sejahtera berlandaskan kepada Islam itu sendiri,” kata beliau.