KUALA TERENGGANU – Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu yang dipimpin oleh Dato’ Ahmad Razif Abdul Rahman tidak ada pemikiran sendiri dalam memajukan negeri Terengganu dan sedang ‘cemas’ menghadapi PAS.
Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Terengganu Haji Ahmad Amzad Hashim berkata, sehingga kini, Umno sering menuruk dan meniru Manifesto yang PAS telah gagaskan.
”seperti yang saya pernah kata sebelum ini, Umno dan BN tidak hala tuju dan hanya ‘mengikut-ikut’ sahaja….meniru-niru seolah-olah tidak mempunyai idea,
”sehingga kini banyak apa yang diumumkan oleh Umno banyak merujuk kepada (beberapa) Manifesto yang kita telah terlebih dahulu lancarkan,” ujarnya.


Yang terbaharu, menurutnya, Menteri Besar Kerajaan Sementara itu telah megumumkan mahu menubuhkan sebuah Universiti Al-Quran.
Sedangkan, kata Amzad, PAS telah pun melancarkan 20 Manifesto awal, termasuk didalamnya berjanji akan menujudkan sebuah Institusi Pengajian Tinggi milik negeri, bagi menggantu KUSZA yang telah diserahkan oleh Umno kepada kerajaan pusat.
”antara lain (yang ditiru Umno) ialah bekalan air percuma kepada rakyat berpendapatan rendah, rumah kediaman atau satu lot tapak rumah,
”peluang pekerjaan dan lain-lain lagi,” jelasnya.


”sebelum ini ketika mereka mempunyai peluang (membuka Universiti), apabila kita mempersoalkan tentang kedudukan Taman Ilmu, apa bentuk pengajian yang akan dijalankan,
”tiba-tiba yang datang adalah Univerisit P. Ramlee yang berkait dengan hiburan, (tetapi) apabila melihat rakyat menunjukkan ‘Tsunami’ mahukan kepada Islam, tiba-tiba berubah haluan (mahu membina Universiti Al-Quran),” kata beliau sinis.
Oleh itu, ia jelas menunjukkan, kata beliau, Umno dan BN terengganu dalam keadaan cemas sehingga terpaksa mengubahsuai Manifesto PAS Terengganu.





























