‘Peserta Terkilan’ RTB Bujal Diberi Keutamaan

5174
Pelaksanaan Manifesto PRU14; Kerajaan juga bersetuju untuk mendirikan semula Masjid Bujal yang baru di lokasi asalnya

Oleh : Rohayati Ripin

KEMAMAN – Kerajaan negeri Terengganu bersetuju untuk memberikan keutamaan dan menyelesaikan tanah :peserta terkilan’ yang terlibat dalam rampasan tanah Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Bujal.

Penolong Setiausaha PAS Negeri Terengganu, YB Haji Hanafiah Mat berkata, keputusan tersebut dibuat pada mesyuarat Exco pada rabu lepas.

“Kerajaan bersetuju untuk beri balik tanah kepada mana-mana peserta yang dapat tanah tahun 2000 dulu (telah) dianiayai (pemerintahan Umno dan Barisan Nasional),

“Dan kerajaan juga bersetuju nak bayar pampasan mengikut kadar, kalau sebatang tiang kena kita bayar sebatang tiang kalau naik ‘beranda’ akan dibayar mengikut nilaian yang dibuat oleh kerajaan,” jelasnya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Makan Malam Media Parlimen Kemaman di Residence Inn, Cherating pada Khamis, 17 Januari.

Katanya, setakat ini hanya RTB Bujal sahaja dan peserta terkilan yang terlibat dalam seratus orang.

“(Setakat ini) belum lagi bayar sebab ada sikit ‘clash’ dengan peserta dan mesyuarat harian negeri, wakil ‘lawyer’ daripada peserta Encik Haris akan bincang dengan Pegawai Undang-undang Negeri (LA) .

“Kata putus dengan LA lah. Jika dia setuju kerajaan akan bayar. Tapi (tentang) tanah kita ‘confirm’ beri balik kepada (pemilik) tanah asal,” ujarnya.

Sehubungan dengan itu Hanafiah berkata, kerajaan negeri juga bersetuju membina kembali Masjid Desa Makmur atau lebih dikenali dengan ‘Masjid Bujal’, terletak di RTB Bujal, Dewan Undangan Negeri(DUN) Kijal, Kemaman yang dirobohkan oleh pemerintah kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu.

“Kerajaan juga bersetuju masjid yang dirobohkan Umno-BN yang sangat jahat akan dibina balik oleh kerajaan dengan masjid baru yang lebih besar.

“Dulu RM120 ribu hilang, sekarang ini buat masjid baru dengan nilaian saya rasa ratus ribulah atas tanah yang diruntuhkan dan itu keputusan.

“Bila selesai pembahagian tanah, akan dibina masjid. Projek tersebut dah masuk dalam bajet,” tambahnya.

Katanya, Pelan Susun Atur RTB Bujal itu menyediakan 363 lot unit kediaman serta satu lot yang dikhaskan bagi tapak pembinaan surau/ masjid di atas lot PT3297 yang dibina di atasnya sebuah masjid.

Peristiwa diluar dugaan yang sama seperti perilaku zalim, rejim Zionis Yahudi di Palestin itu berlaku di hadapan mata rakyat di bumi Terengganu Darul Iman pada tanggal 26 Mei 2005 yang lalu.

Waktu itu, kerajaan PAS Terengganu baharu sahaja ditumbangkan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-11 tahun 2004, dan digantikan dengan kerajaan Umno-BN Terengganu.

Di zaman pemerintahan Menteri Besar Dato’ Seri Idris Jusoh itu, kerajaan Umno-BN ‘merampas’ kembali semua lot-lot tanah yang pernah diagihkan kepada rakyat oleh bekas kerajaan PAS Terengganu (1999-2004) termasuk di RTB Bujal.

Mengenang Peristiwa Perobohan Masjid Bujal

Masjid RTB Bujal sebelum dirobohkan