Peniaga Peruncitan Rugi Teruk Selepas GST Dilaksanakan

3469
Giant Gong Badak dilaporkan telah dijual kepada sebuah syarikat ekoran mebanggung kerugian berterusan

KUALA TERENGGANU – Walaupun mengalami masalah ekonomi global pada tahun-tahun sebelum 2015, namun masih ada peningkatan keuntungan pada setiap tahun.

Sebaliknya, Pengarah Urusan Sabasun HyperRuncit Che Salmi Che Ibrahim berkata, apabila bermula penguatkuassaan GST (Good and Service Tax) diperkenalkan pada April tahun 2015, para peniaga runcit seluruh negara terus ditimpa kerugian dalam perniagaan mereka.

Bahkan katanya, sehingga kini, mereka hanya dapat bertahan ‘cukup-cukup hidup’ untuk membayar gaji pekerja dan menjelaskan tanggungan rutin sahaja.

“bulan itu juga perniagaan runcit seluruh Malaysia buat pertama kali jatuh merudum seluruh negara.

“30% jatuh tak pernah orang mimpi…….kalau kita berniaga nak kata (untung) 30% (kejatuhan jualan) 5% jatuh (pun) sakit dah,

“(sebab) gaji tak turun 5%, kalau turun (pendapatan) 30% gaji tetap kena banyar penuh……kalau kita ada komitmen bank kena bayar,

“bank tiada diskaun……TNB tetap kena bayar penuh, sedangkan jualan kita dah kurang pendapatan 30% dah……Ini menjadi dilema kepada para peniaga sekarang,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemubual tentang prestasi perniagaan masa kini, dalam menghadapi ekonomi negara yang tidak menentu.

Tegasnya, tidak pernah berlaku dalam sejarah perniagaannya selama 23 tahun, mengalami kerugian seteruk yang dialaminya sekarang.

Katanya, bahkan dalam ekonomi global yang jatuh dahulu, tidak memberi kesan langsung kepada perniagaan runcit dan hanya merencatkan sektor lain sahaja.

“Sebab bulan itu diperkenalkan GST bulan itu juga seluruh negara jatuh habis baik hypermarket, kedai runcit kena belaka dan saya kata tadi pengalaman saya 23 tahun,

“dan saya berani mengatakan sebenarnya terburuk dalam 60 tahun sejarah negara kita,” tegas beliau lagi.