Pemain kriket England yang terkenal dengan ‘berjanggut’, Moeen Ali, telah menjadi tersohor apabila berita berkait kedua-dua tajuk utama mengenai beliau muncul di ‘muka depan’ media British
Ia bukan sahaja kerana persembahan hebat beliau di atas padang dan rupa yang unik, bahkan telah berkata bahawa beliau ingin menjadi ‘role-model’ kepada orang-orang yang beriman untuk mengambil bahagian lebih dalam sukan.
Bercakap dalam satu temu bual dengan Mehdi Hassan untuk Huffington Post, Moeen Ali, yang telah digelar ‘orang berjanggut yang ditakuti’, menjelaskan bagaimana kisah perjalanan hidupnya melalui kerjaya kriket dan perjuangannya untuk mengatasi prejudis untuk diterima dalam hati peminat Inggeris.
Menceritakan pengenalannya kepada agama Islam sebagai seorang remaja yang tidak mengamalkan sebarang agama, beliau tidak pernah terfikir akan menjadi pemain kriket England.
“Saya bertanya kepadanya mengapa dia telah menjadi seorang Islam ……….Saya berkata kepadanya, ‘Mengapa anda akan mengikuti agama yang [memaksa] perkahwinan dan (menegaskan) semua perkara adalah salah?
“Dan dia (Kristian yang memluk Islam) berkata, “Itu bukan agama anda, itu dari budaya, budaya Pakistan anda dan dari sana kami mula berbincang,” jelas Ali.
Hari ini, bagaimanapun, Ali berkata agamanya bermaksud ‘segala-galanya’, sambil menambah “Hubungan saya dengan pencipta (Allah), mengikuti (Sunnah) nabi ……. Ini adalah di mana kita umat Islam telah salah…..
“kita berhenti mengikuti al-Quran dan ‘sunnah’ (kehidupan contoh nabi) dan telah telah ditenggelamkan oleh dunia ………Orang terlibat bukan sahaja dalam politik tetapi dalam kumpulan dan mazhab dan (lain-lain)…….. (telah) lupa sebab utama mengapa kita di sini (di dunia ini) untuk menyembah Allah,”jelas.
Beliau berkata, banyak ditanya tentang penampilannya yang berjanggut Ali berkata, beliau menjawab segalan soaln yang diajukan dengan jujur kepada orang ramai.
Walau bagaimanapun, mengakui bahawa beliau telah menghadapi kritikan untuk kehadirannya dalam dunia sukan yang sangat jelas tentang agamanya di media British, Ali menolak komen negative tersebut.
“Pada akhirnya, saya (tetap) seorang Islam dan ia tidak mengganggu saya (atas) apa yang seseorang itu berkata………. Ia tidak mengganggu saya sedikit pun,”tegasnya