Pengkalan Kubor Akan Jadi ‘Kubur’ Kepada BN

833

TUMPAT – Pengarah Induk Pilihanraya Kecil (PRK) N.01 DUN Pengkalan Kubor, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan, hari penamaan calon semalam, sebagai satu hari yang ceria.

“Kita tengok hari ini adalah hari yang sangat ceria bagi PAS…….ceria kerana kita telah diberi peluang oleh rakan kita, Parti Keadilan (PKR) untuk meletakkan calon dalam pilihanraya N.01 pengkalan Kubor.

20140913_083117“Yang kedua ceria kerana penamaan calon hari ini berjalan dengan cukup baik,”ujarnya.

Ketika berucap kepada ahli dan penyokong PAS serta Pakatan Rakyat di Padang Pemahkotaan Majlis Daerah Tumpat, beliau menganggap nama calon PAS yang diletakkan dalam turutan nombor dua, ‘disimbolkan dengan jari’ sebagai lambing keamanan, kesejahteraan dan kemenangan.

“Calon kita nombor dua. Dalam kertas undi, calon kita nombor dua. Lambang bagi keamanan, lambang bagi kesejahteraan. Lambang baagi kemenangan dan lambang bagi penyatuan dan perpaduan.

“Walaupun Barisan Nasional cuba memecahkan mengangkat pelbagai isu bagi memecahkan Pakatan Rakyat, (namun PRK) Pengkalan Kubor menjadi bukti bagi penyatuan dalam Pakatan Rakyat, in sha Allah,”ujarnya sambal menunjukkan symbol dua jari yang menjadi symbol ‘Peace’, symbol keamanan sejagat.

20140913_083147Beliau menyeru agar seluruh petugas PRK Pengkalan Kubor agar meningkatkan doa dan munajat kepada Allah, selain usaha kempen yang tersusun dan berterusan.

Menurutnya, semua ahli dan penyokong yang mula bekerja sejak perisytiharan calon pada Khamis lalu, tidak akan berhenti , sehingga hari pengundian pada 25 September depan.

Tuan Ibrahim yang juga Naib Presiden PAS berkata, walaupun sebahagian petugas akan menghadiri Mukatamr Kali Ke-60 di Batu Pahat, Johor pada 20 September, namun, kerja-kerja mendekati pengundi Pengkalan Kubor mesti diteruskan sebagaimana yang dirancang.

“(para) petugas kita akan berjalan seperti biasa. Petugas-petugas di peti undi memastikan bahawa peti undi dapat berjalan seperti mana yang kita rancang…… bukan sahaja mendekati hati-hati rakyat,

“jentera (mesti bergerak sebagaimana) kita sudah susun, dan insya Allah berjalan sebagimana yang kita hasratkan,
“Dan kita harapkan in sha Allah munajat kita berterusan mulai semalam sampai malam terakhir.

Screenshot (192)“Saya ucap tahniah kepada guru-guru kita, pondok-pondok pengajian kita para ilmuan, ulama’ kita, yang tidak putus-putus, memohon rahmat agar Allah memberi kemenangan kepada kita dalam pilihanraya pada kali ini,”jelas beliau.

Beliau turut memberi ingatan kepada semua pihak, agar berkempen dan melaksanakan kerja masing dengan tenang, aman dan harmoni, kerana katanya, PAS akan ‘megkuburkan’ Umno dan Barisna Nasional di Pengkalan Kubor.

“Kita petugas PAS……..kita akan jalan (kan tugas) pilihanraya dengan tenang……. secara aman……secara harmoni.

“Walaupun kita reti juga main kasar, tapi kita minta petugas kita, kali ni kita tak main kasar. Kita main secara baik sebab Pengkalan Kubor kita jadikan ‘kubur’ bagi Barisan Nasional, in sha Allah,”tegasnya