KUALA TERENGGANU – Anak kelahiran Terengganu khususnya daerah Kemaman terus cemerlang, aktif dalam sukan berbasikal sejak usia muda, beraksi di pelbagai kejohanan di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
Nur Aisyah Mohamad Zubir, 28, lahir pada 4 Oktober 1997, merupakan antara nama pelumba berbasikal paling berjaya dari Malaysia.
Beliau meraih pingat perak dan gangsa dalam kejohanan antarabangsa termasuk kejohanan trek dan lebuh raya seperti Asian Track Cycling Championships dan Sukan SEA lalu.
Beliau mencipta sejarah sebagai pelumba basikal wanita pertama Malaysia yang layak ke Sukan Olimpik (Paris 2024). dalam acara jalan raya.
Walaupun tidak menamatkan perlumbaan.dalam Olimpik Paris 2024, pengalaman berharga itu mencipta kejayaan pada Sukan SEA 2025, dengan pingat dalam acara jalan raya dan trek.


Pengerusi Lajnah Hubungan NGO dan Seranta PAS Terengganu YB Ustaz Hishamuddin Abdul Karim merakamkan tahniah kepada Nur Aisyah Zubir yang berjaya merangkul pingat emas untuk acara Trek Berbasikal Scratch Wanita.
Beliau yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu (EXCO) berkata, terrdahulu, Aisyah telah mengutip dua pingat perak dan telah berusaha memberikan yang terbaik buat Malaysia.
“Seawal pagi tadi, sempat menyantuni Aisyah dan beliau memberikan komitmen untuk menghadiahkan emas buat Malaysia dalam acara petang tadi.


“Aksi mendebarkan apabila melihat Aisyah berada di kedudukan kelima sebelum melakukan pecutan laju di pusingan terakhir.” katanya dalam media sosialnya pada Khamis 18 Disember.
“Tahniah Aisyah atas kejayaan membanggakan ini.” tambah beliau.
Menurutnya, Aisyah menang Pingat Emas Dalam acara Basikal Trek (Women’s Scratch Race) Sukan SEA 2025 yang berlangsung di Bangkok,
Selain itu, beliau meraih Pingat Perak Dalam acara Basikal Criterium (Jalan Raya) pada temasya sukan yang Sama.




























