Dua Kenyataan Menteri Dalam Negeri Dalam Negeri Datuk Sri Ahmad Zahid Hamidi teah dikecam hebat pelbagai pihak yang rata-rata menyifatkan kenyataan tersebut mencerminkan Malaysia tidak megamalkan demokrasi dan sedang mengundur ke belakang.
Zahid mengherdik dan mengancam wartawan serta mengugut akan menutup media yang terus menyiarkan berita sensitif tetang laporan Ketua Audit Negara.
Ekoran ketegangan dengan pihak media itu, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata Zahid perlu tahu bahawa ia adalah abad ke-21 dan harus ada ruang untuk menentang pandangan.


Pegawai Eksekutifnya, Masjaliza Hamzah, berkata adalah tidak wajar bagi seorang menteri mengancam untuk menutup akhbar, walaupun Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (PPPA) membolehkan kementerian terbabit membatalkan lesen dan permit sesebuah akhbar.
Bagaimanapun, kata Masjaliza undang-undang tersebut tetap memberi ruang dan hak kepada pihak terbabit untuk mendengar sebab penarikan, selain boleh mempersoalkan keputusan menteri di mahkamah.
“Namun, yang lebih penting bagi CIJ, semua pemegang jawatan awam, termasuk menteri, perlu mempunyai sifat kebertanggungjawaban (accountability).
“Zahid tidak boleh bercakap sewenang-wenangnya dan seolah-olah sesuka hatinya. Negara kita ada undang-undang dan walaupun undang-undang seperti PPPA tidak menghormati kebebasan media, namun prinsip rule of law mesti dihormati,” kata beliau
Bekas Ketua Pengarag Kumpulan New Straits Times, Datuk A. Kadir Jasin berkata, Zahid perlu menjelaskan apa yang media telah dilakukan untuk diancam sedemikian rupa.
Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) Presiden Chin Sung Chew berkata Zahid tidak harus menyalahgunakan kedudukan beliau sebagai Menteri Dalam Negeri dengan mengancam media.
Persatuan Akhbar berbahasa Cina turut mendesak agar Zahid menarik balik ugutan dan ancaman terhadap media.
Sementara itu, Zahid turut dikecam kerana kenyataan yang bersifat mengarahkan pihak polis supaya ‘menembak dulu’ penjenayah tanpa perlu menangkap dan mendakwa, sekiranya ada bukti.
Beberapa peguam dan pemimpin pembangkang membidas kenyataan Menteri Dalam Negeri Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, baru-baru ini bahawa anggota gengster seharusnya “ditembak dahulu” jika diperolehi bukti yang menyokong rasa syak itu.
Timbalan Pengerusi Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Luham) PAS, Hanipa Maidin berkata, kenyataan Zahid itu mirip bahasa gengster atau mafia.


“Saya melihat tindakan tersebut tidak jauh bezanya dengan kumpulan gengster atau mafia, “ada bukti tembak”,” jelasnya
Ramai pihak juga tidak bersetuju dengan dakwaan Zahid bahawa sekumpulan samseng yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘Tiga Line’, yang disenaraihitamkan polis, adalah “kawan-kawan”.
Para peguam dan pemimpin pembangkang membuat kritikan tersebut selepas menyaksikan satu klip rakaman video yang dimuat naik oleh sebuah portal berita setempat yang memetik Zahid berkata:
“Saya pikir, cara paling baik jangan ada kompromi dengan mereka (gengster). Jangan ada lagi amaran kepada mereka, kita dapat bukti kita tembak dulu.”
Dalam klip video yang dirakamkan dalam satu majlis taklimat keselamatan di Melaka Sabtu lalu, Zahid turut didakwa berkata bahawa kumpulan penjenayah ‘Tiga Line’, yang disenaraihitamkan polis dalam senarai pertubuhan haram, adalah “kawankawan”, lapor akhbar the Star
Peguam hak asasi, Encik Edmund Bon, berkata kenyataan Zahid sebagai Menteri Dalam Negeri, yang bertangungjawab terhadap undang-undang dan keamanan, itu “tidak sesuai dalam (konteks) sebuah negara yang bertamadun”.
“Ia anti hak asasi manusia. Jika polis menembak semua suspek, maka ia akan meruntuhkan kedaulatan undang-undang dan tuntutan sistem keadilan bagi jenayah di negara ini,” kata Encik Bon kepada akhbar itu.
Ketua Biro Hal Ehwal Guaman Parti Keadilan Rakyat (PKR), Cik Latheefa Koya, pula menyifatkan kenyataan Zahid “sama sekali menyalahi undang-undang”.
“Dengan pihak polis menembak mati (suspeknya), ia seolaholah menunjukkan bahawa wujudnya dasar tidak bertulis bagi perbuatan ‘menembak untuk membunuh’,” tegasnya.
Pengerusi Kebangsaan DAP, Encik Karpal Singh, pula berkata kenyataan itu jelas membuktikan beliau memberi lesen kepada polis untuk melakukan pembunuhan.
“Zahid perlu tahu bahawa negara ini mempunyai undangundang dan mahkamah. Beliau tidak boleh lakukan sebarang tindakan sesuka hati.
“Ini jelas salah guna kuasa,” kata beliau, yang juga Ahli Parlimen DAP Bukit Gelugor.





























