Pemberontak Rohingya menyerang sebuah trak tentera di negeri Rakhine di Myanmar dan melukai lima askar, kata media negara Myanmar.
Pejuang Rohingya tiada pilihan lain kecuali melawan keganasan yang ditaja oleh junta Myanmar dalam usaha untuk mempertahankan komuniti mereka.
Justeru Arakan Rohingya Salvation Army (ARSA) mendakwa bertanggungjawab bagi serangan hendap terhadap pasukan keselamatan Myanmar yang menyebabkan beberapa cedera di negeri Rakhine utara, pada Jumaat lalu.
Mereka telah menyerang sebuah trak tentera dan mencederakan lima tentera, lapor media.
“sebuah kenderaan….. telah diserang oleh 20 pemberontak dari gunung itu…….. menggunakan ‘periuk api’ buatan sendiri dan senjata ringan,” menurut satu laporan pemerintah.
Pihak tentera Myamar berkata ‘pelampau Bengali pengganas ARSA’ telah membuat satu serangan hendap.
Kempen ketenteraan junta telah mengakibatkan kira-kira 650,000 Rohingya melarikan diri ke Bangladesh.
Para pelarian telah memberikan laporan mengejutkan kisah yang sama tentang rogol, pembunuhan dan pembakaran di lakukan pasukan keselamatan dan pengawal Myanmar.
Serbuan yang hampir sama oleh ARSA pada Ogos lalu, yang menyebabkan sekurang-kurangnya sedozen tentera Myanmar mati.
“ARSA … tidak ada pilihan lain selain memerangi ‘keganasan yang ditaja negara Burma’ terhadap penduduk Rohingya untuk tujuan mempertahankan,
“menyelamatkan dan melindungi komuniti Rohingya,” kata kumpulan itu dalam kenyataan yang ditandatangani oleh pemimpinnya, Ata Ullah.
ARSA menolak sebarang hubungan dengan kumpulan militan Islam lain dan menegaskan mereka berjuang untuk menamatkan penindasan rakyat.
Etnik Rohingya telah ditolak kewarganegaraan mereka, disekat kebebasan bergerak dan akses kepada perkhidmatan seperti penjagaan kesihatan dan lain-lain.
Junta Myanmar menganggap mereka sebagai pendatang tanpa izin dari Bangladesh.
Keganasan komuniti yang serius di antara Rohingya dan etnik Rakhine Buddha meletus pada tahun 2012 dan pergolakan merebak.
ARSA tidak menyatakan di mana Ata Ullah berada, tetapi kerajaan mengesyaki pemberontak melarikan diri ke Bangladesh kemudian kembali ke Myanmar untuk melancarkan serangan.