‘Negara Berkebajikan’ Memudahkan Rakyat Memahami Negara Islam

875
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita18/hadi%20awang%20wacana.png

Menurut Presiden PAS, ia adalah kerana makna berkebajikan atau kebajikan dalam Islam dinyatakan oeh ayat-ayat al-Quran dengan makna yang lebih luas dengan perkataan ‘al-Khair’ dalam ayat 104 surah Ali-Imran dan perkataan ‘al-Birri’ pada ayat 177 surah al-Baqarah.

Katanya,  yang dimaksudkan dengan ‘al-Khair’ itu adalah seluruh ajaran Islam, berbeza dengan apa yang difahami sebagai ‘religion’ oleh pihak Barat kerana Islam bukan sahaja agama tetapi ia adalah ‘Addin’, iaitu satu cara hidup yang menyeluruh.

Manakala, maksud ‘al-Birri’ pula bermakna kebajikan itu mestilah berlandaskan kepada iman dan kepercayaan dimana, bukan sahaja kerjanya mesti kebajikan, orangnya juga mesti berkebajikan dan matlamatnya juga mesti kebajikan.

Oleh itu, katanya, objektif dari konsep negara berkebajikan itu adalah pemimpin yang beriman dan budiman dan kebajikan itu bukan sahaja amal perbuatan tetapi juga pemimpinnya yang beramal dengan Islam.

“kebajikan bukan sahaja amalnya, (tetapi juga) pemimpinnya yang mendirikan sembahyang…….yang ada hubungan dengan tuhan, yang tahu perhitungan dosa dan pahala, dengan makna tidak ada pemisahan diantara politik dan agama,

“Islam meletakkan poltik sebahagian daripada agama (kerana) mereka yang memerintah negara akan disoal di hari kiamat bukan hanya kerana sembahyangnya termasuk (soal)  urusan negara,”jelasnya.

Ustaz Hadi berkata demikian dalam program Bicara Minda dan Sesi Dailog Negara Berkebajikan; Persepsi dan Realiti anjuran Sinar Harian di kompleks Karangkraf dekat sini pada Isnin 8 April. [Lihat Video – Ehsan Sinar Harian]

Dalam sidang media selepas program tersebut, Ustaz Hadi turut menolak dakwaan sesetangan pihak bahawa PAS menukar konsep Negara Islam kepada Negara Berkebajikan kerana sukar melaksanakan hukum syariah dalam negara yang berbilang kaum.

Katanya, persepsi ‘Negara Berkebajikan’ itu lebih mudah difahami dan diterima semua masyarakat majmuk di Malaysia tanpa mengenepikan hukum Islam.

“Tiada percanggahan (Negara Islam) dengan Negara Berkebajikan.

“Itu perkataan seerti dimana pertukaran konsep semata-mata untuk memudahkan orang faham dan akhirnya semua dapat terima konsep Islam sebagai agama Persekutuan,” katanya.