Beliau dipetik berkata demikian oleh Sinar Harian selepas menghadiri program Bicara Minda dan Sesi Dialog oleh Presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, di Kompleks Karangkraf Shah Alam semalam, Isnin 7 April.
Ketika mengulas pandangan Ustaz Hadi berhubung manifesto, Bob optimis Pakatan Rakyat akan memastikan manifesto atau janji yang dikemukakan kepada rakyat akan ditunaikan.
“Tuan Guru cakap sangat jelas, dari dulu pun saya faham mengenai perkara ini, bila kita tulis manifesto maknanya benda ini akan dibuat,” ujarnya.
Bob Lokman turut berkata, kefahaman beliau tentang Negara Berkebajikan yang dibawa oleh PAS lebih mendalam.
“Berkebajikan itu meliputi keseluruhan aspek kehidupan manusia, ada undang-undang dan ada prosesnya.
“Hari ini saya lihat Tuan Guru Haji Hadi membuat penjelasan yang jujur dan ikhlas, orang melihat dari segi aspek kepentingan politik, tentang kalah menang sebuah parti politik, tanpa menilai akan kebajikan dan kebenarannya,” katanya.