Mengundi Untuk Kepentingan Ummah

227

Oleh : Fatimah Din

MARANG – Mengundi bukan lagi menjadi urusan peribadi tetapi ianya melibatkan kepentingan ummah yang menjadi tanggungjawab memelihara agama, masyarakat dan negara.

Mengulas lanjut , Ketua Tarbiyah Ameerah Marang, Majidah Jusoh menjelaskan setiap umat Islam mesti membuat pertimbangan untuk memilih calon mereka berdasarkan neraca syariat Islam.

“Pertimbangan politik sepatutnya mengikut neraca syariat, pemimpin perlu faham agama dahulu, jadi pilihlah pemimpin yang alim, jika pemimpin kita faham agama, Insya-Allah akan terpandu negara kita.” ujarnya.

Majidah bercakap demikian dalam program Segmen Bersama Wanita Muda yang bersiaran secara langsung di Marang TV di sini .

Beliau turut menegur segolongan masyarakat yang menganggap politik itu kotor sehingga adanya yang mengasingkan politik dan agama.

” Padahal Islam tidak memisahkan politik, jika kita tidak berbicara pasal politik , siapa lagi?,

“Lihatlah selepas PAS menjadi kerajaan, mereka telah menghapuskan lesen judi, arak, tiada korupsi, penyelewengan, hapus cukai pintu, hapus tol dan banyak lagi yang telah dilakukan.” jelasnya lagi.

Usaha ini, katanya, tidak lain dan tidak bukan mahukan penjagaan rakyat tentang syariat Islam, dan mahu meringankan beban mereka.

” Jadi bagi yang masih ‘atas pagar’ tidak tahu mahu pilih parti mana, lakukanlah solat sunat istikharah dengan memilih melalui panduan Allah”,

“Sekali kita undi bermakna kita akan hadap pemerintahan tersebut sehingga pilih raya sekali lagi, jadi jangan buat kesilapan. ” katanya mengakhiri segmen itu.