Mantan Presiden Pakistan Dijatuhkan Hukuman Mati

986

Mahkamah khas di Pakistan telah menjatuhkan hukuman mati keatas mantan Presiden yang juga bekas ketua tentera, Pervez Musharraf, atas tuduhan pengkhianatan dan meruntuhkan perlembagaan.

“Pervez Musharraf didapati bersalah atas Perkara 6 kerana melanggar perlembagaan Pakistan,” kata pegawai undang-undang kerajaan Salman Nadeem kepada Reuters.

Perbicaraan pengkhianatan terhadap Musharraf kerana menguatkuasakan keadaan darurat pada 3 November 2007 itu telah bermula pada tahun 2014.

Musharraf yang kini berada dalam ‘buangan sendiri’ di Dubai, tidak dapat dihubungi namun beliau menafikan tuduhan pada masa lalu.

Tindakan pada tahun 2007 adalah tumpuan bagi kes pengkhianatan terhadap bekas penguasa berusia 76 tahun yang mengisytiharkan darurat dan menggantung perlembagaan serta menahan para pemimpin kanan politik dan hakim.

Krisis dicetuskan Musharraf apabila beliau cuba memecat Ketua Hakim Mahkamah Agung Iftikhar Muhammad Chaudhry.

Mahkamah Agung kemudian menyifatkannya sebagai ‘haram’ dan telah diprotes oleh pengamal undang-undang di seluruh Pakistan, disertai oleh parti politik dan kumpulan lain.

Musharraf mengambil alih kuasa dalam rampasan kuasa tentera pada tahun 1999, memerintah selama sembilan tahun dan cubaan untuk bertandimg mempertahankan jawatan Preisen di halang keputusan mahkamah.