Malang rakyat Malaysia ada Menteri Pelajaran ‘yang pening lalat’

1101

Tan Sri Muhyiddin Yasin ketika merasmikan Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Merdeka PWTC pada 29 November 2011 telah menyatakan DAP ganti PAS, bukan PAS ganti Umno.

Pengerusi Lujnah tarbiyah PAS Pusat Ustaz Idris Ahmad menyifatkan kenyataan Timbalan Presiden Umno itu lebih ‘bodoh’ dari budak tadika kerana dalam pilihanraya yang berlaku PAS lawan Umno, bukannya PAS lawan DAP.

“Sifir mana Timbalan Presiden Umno ini belajar, budak tadika pun tahu jawapannya, jika Umno lawan PAS yang menang sudah tentu antara Umno atau PAS.

“Bagaimana Najib lawan Muhyidin yang menang ialah Chua Soi Lek. Analogi yang tidak masuk akal langsung,”jelasnya dalam satu kenyataannya yang diedarkan kepada media.

Beliau berkata amat malang kepada rakyat Malaysia kerana mempunyai seorang Menteri Pelajaran seperti Muhyiddin Yassin yang memberikan jawapan yang salah, bersikap ‘lain yang ditanya maka lain pula yang dijawab’.

Ustaz Idris yang juga mantan Ketua Penerangan PAS berkata analogi yang diberikan oleh Muhyiddin seperti ‘orang yang pening lalat’ apabila beliau menyebut DAP ganti PAS sebagai strategi Umno untuk menakutkan rakyat daripada memilih PAS dan meninggalkan Umno.

“Rakyat Malaysia sedar Persidangan Umno pada kali ini akan menjadi pesta memaki hamun dan memfitnah PAS serta Pakatan Rakyat.

“Ini adalah strategi untuk menutup kelemahan Umno yang menjadi teras kepimpinan negara. Parahnya pentadbiran negara telah didedahkan oleh  Ketua  Audit  Negara, sebaliknya pujian urus tadbir cemerlang diberi kepada negeri Pakatan Rakyat,”jelasnya.

Walaupun Tan Sri Muhyiddiin cuba menakutkan rakyat terutama orang melayu daripada  menyokong PAS dengan kononnya DAP yang mengganti PAS, tetapi, menurut Idris, rakyat semakin cerdik dan tahu siapa sebenarnya pengkianat

Katanya, sebanyak RM52 bilion saham bumiputera, RM32 juta wang PPRT, 1.3 juta hektar tanah rezab melayu tergadai di bawah kepimpinan Umno.

“Jika (dengan segala) inilah yang berlaku layaklah PAS ganti Umno,”tambahnya.