Kurang Penumpang; Khidmat Bot Penambang Akan Lenyap

2413

Oleh : Khairul Nizam Abdullah

KUALA NERUS – Kegusaran akan lenyapnya perkhidmatan bot penambang, kian menjadi kenyataan apabila semakin kurang penumpang yang menggunakan pengangkutan awam itu.

Ia diterjemahkan apabila tinjauan dibuat, keadaan jeti begitu lengang dari kelibat pengguna ‘kenderaan air’ yang pernah menjadi kebanggaan penduduk, kususnya di Seberang Takir.

Menurut seorang penumpang yang ditemui, satu ketika dahulu suasananya cukup meriah dengan kehadiran orang ramai yang hendak kebandar Kuala Terengganu .

Abdul Hadi Harun, 30, berkata, beliau menjadi pengguna tetap bot penambang sejak 13 tahun yang lalu.

“Saya merupakan seorang pengguna bot penambang ni……(sejak) selepas saya habis SPM, saya sentiasa menggunakan perkhidmatan bot ini,

“untuk ke Pasar (Kedai) Payang bagi membeli barangan mentah seperti ikan segar dan sebagainya,”ujar beliau.

Sebagai seorang pengusaha kedai makan Abdul Hadi berkata, beliau dapat menjimatkan kos dan masa, tanpa perlu bersesak-sesak di bandar Kuala Terengganu.

Oleh sebab itu, katanya, beliau lebih suka memilih bot penambang untuk melaksanakan rutin hariannya.

“Jadi ketika tu bukan saya seorang je……. bahkan ramai (orang kampung) yang menggunakan bot penambang ni,

“dulu dan sekarang sangat berbeza…….. masa dulu kalau tengok di kaunter (tiket) tu…..penuh orang beratur untuk membeli tiket,”kata beliau.

Namun katanya, tempat orang ramai membayar tiket itu sudah tidak beroperasi.

“Saya merasa cukup kecewa dengan suasana keadaan sekarang berbanding 10 tahun lepas, masa tu harga tiket 60 sen je …..dan ketika tu nak tunggu giliran pulak, sekejap penuh……mari penambang kedua pun penuh……memang tidak berhenti-henti penuh,

“Tapi saya lihat keadaan pada hari ini sangat berbeza kerana saya difahamkan sehari hanya dua (bot) penambang sahaja yang beroperasi,”jelasnya.

Beliau agak kecewa dengan suasana masa kini dan berpendapat, sekiranya keadaan itu berterusan, perkhidmatan penambang tidak lagi relevan serta akan lenyap satu masa nanti.

“Besarlah harapan saya agar pihak berkuasa dapat mengambil satu tindakan yang sewajarnya bagi menyelesaikan segala permasalahan,

“agar perkhidmatan pengangkutan air warisan zaman berzaman ini ini tidak lenyap ditelan pembangunan sekitar,”tegas beliau.

Berita terkait;

Bot Penambang ‘Ikon’ Seberang Takir Terancam!

Jambatan Angkat (Drawbridge) ; Industri Kapal Besar Mungkin Berkubur Selamanya