Oleh : Khalid Abdullah
KEMAMAN – Jabatan Kesenian , Kebudayaan dan Sukan (DACS) Terengganu melakar sejarah kejayaan menganjurkan kejohanan besar perlumbaan basikal lasak Fortissimus Montis Challenge(FMC) 2017.
Kejohanan yang berlangsung pada Sabtu 28 Januari, memililih Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Baru Kertih sebagai venue perlepasan dan penamat perlumbaan.
Penyertaan hampir 1,000 pelumba basikal melibatkan lapan kotegari pertandingan dianjurkan dengan kerjasama penjual dan pengedar basikal lasak, Cyclestream dan Roto Mecca.
“Selain untuk menguji mental dan fizikal pelumba, tujuan kami menganjurkan program ini adalah untuk menggalakan lagi gaya hidup sihat dan membina ikatan persahabatan dalam aktiviti lasak….
Bagi kami, penganjuran program ini adalah satu pengalaman berguna untuk kami perbaiki kelemahan dan segala kekurangan”
kata beliau.
“Semoga ikatan silaturahim ini kita perteguhkan dan sama-sama memperbaiki kelemahan yang ada pada program-program yang akan datang” kata beliau lagi.
Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Kamaruzaman Abdullah turut serta turun ke tapak kejohanan dan menyampaikan hadiah kepada semua pemenang.