Oleh : Azizah Mahmood
Perjalanan anak anak sekitar Kampung Kubang Parit , Gong Benjok dan Durian Burung untuk pergi ke sekolah kini menjadi kerisauan buat ibu bapa.
Kegelisahan itu berpunca berikutan keadaan permukaan jalan berhampiran Kampung Gong Benjok yang menjadi laluan utama ke Sekolah Menengah Seri Nilam.
Begitu juga bagi penduduk kampung itu, yang menghantar anak-anak ke Sekoah Kebangsaan Durian Burung, dengan menggunakan jalan tersebut sebagai laluan utama.


“Mungkin jalan itu jalan kampung menyebabkan pihak yang terbabit terlepas pandang dari sudut penyelenggaraan sehingga ia menjadi teruk dan boleh mengakibatkan kemalangan,”kata Ahli Dewan Undangan Negeri Wakaf Mempelam.
Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata, beliau sendiri bimbang ketika memandu kenderaan melalui jalan yang sudah retak dan ‘rebih’ sebahagiannya iitu.
Mantan Pesuruhjaya Terengganu itu juga berkata, adalah penting kepada JPS ataupun JabatanKerja Raya (JKR) memantau jalan-jalan yang berisiko itu, terutamanya pada waktu sekarang.


Tebing jalan di birai parit ituretak dan di beberapa lokasi, tanah telah runtuh dan menggelongsor ke dalam tali air.
Ia amat merbahaya kepada pengguna terutama pada waktu malam, ditambah lagi di sekitar laluan ini agak gelap.
“kita mahu pihak terbabit lebih peka dan cakna masalah penduduk kampung,”tambah Haji Wahid
Seorang penduduk setempat Safie Abas, 60, berkata, “saya hantar cucu saya tiga orang di Sekolah Kebangsaan Durian Burung setiap hari sekolah,
“bila bertembung dengan kereta menyebabkan kita akan rapat sangat dengan tebing yang nak runtuh itu,”katanya.


Pihak berwajib sepatutnya lebih bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan rakyat terutama membabitkan laluan pelajar pelajar sekolah.
“sehingga satu masa pernah seorang pelajar jatuh kedalam parit akibat mengelak kereta,”kata Shafie lagi.
Retak menanti rebah dan mungkin menunggu parah!
Adakah sampai rakyat ‘dilapurkan maut’ barulah kerajaan mahu bertindak?






























