Ketika pertemuan dengan gabenur wilayah Central Equatoria di Juba tempoh hari, beberapa orang menteri kabinetnya, beberapa kali menegaskan, Republik Sudan Selatn adalah negara kristian.
Dalam ucapan balasnya, Presiden Yayasan Amal mengurangkan rasa kurang selesa lebih 20 orang yang hadir dalam pertemuan itu, dengan mengatakan, “kami di Malaysia bukan sahaja terdiri dari pelbagai suku bangsa, bahkan kami bukan hanya ada kristian selain Islam, ada buddha, hindu, sikh dan lain-lain lagi.
Sebagai sebuah NGO Islam, dirasai curiga adalah menjadi lumrah, terutamanya di lokasi umat Islam adalah minoriti seperti di negara Sudan Selatan. Apatah lagi negara itu adalah ‘negara bongsu’ di dunia, yang baru mencapai kemerdekaan setelah bertelagah sekian lama dengan negara Islam Sudan.
Kemasukan delegasi bantuan dan kemanusiaan Yayasan Amal di ‘pintu udara’ lapangan terbang Juba, satu-satunya pendaratan antarabangsa Selatan Sudan pun sudah dilihat, sengketa lebih 30 tahun negara itu belum selesai.
Walaupun segala dokumen telah disediakan dan sudah diserahkan kepada pihak berkuasa imigresen, namun setelah menunggu lebih dua jam, delegasi keluar dari kawasan keselamatan negara itu dengan rasa tidak selamat.
Bagaimana boleh rasa selamat kalau visa kemasukan tidak boleh diproses dan kami meninggalkan persekitaran lapangan terbang menuju ke pusat bandar Juba tanpa paspot! Sehingga selepas cuti idul adha selama dua hari, barulah kami diperintahkan semula ke lapangan terbang.
Itulah gambarannya sisi keselamatan Sudan Selatan, sehinggalah pecah berita semalam, Presidennya membuat kenyataan cubaan rampasan kuasa berjaya dipatahkan.
Siapakah yang menjadi musuh kepada negara kristian Sudan Selatan itu? Adakah ia diserang puak Islam dari Sudan di sebelah utara?
Presiden Selatan Sudan Salva Kiir berkata rampasan kuasa yang diketuai oleh bekas timbalannya telah digagalkan dan berikrar untuk membawa ke muka pengadilan mereka yang bertanggungjawab. Tentera yang setia kepada bekas Naib Presiden Riek Machar, cuba menggulingkan kerajaan Sudan Selatan dan pertempuran merebak di antara kaum dengan pihak tentera.
Askar-askar tersebut telah menyerang ibu pejabat tentera Sudan Selatan berhampiran Juba Universiti lewat semalam, mencetuskan pertempuran yang berterusan sehingga hari Rabu.
Walaupun Salva Kiir berkata pemrintah dalam kawalan sepenuhnya keatas tentera beliau telah mengisytiharkan perintah berkurung di Juba selama 12 jam yang akan kekal berkuat kuasa sehingga notis selanjutnya.
Pertelingkahan baru itu sudah pasti bukan pergeseran kerana agama kerana Salva dan Riek adalah sama-sama beragma kristian. Pertembungan pada kali ini dalam negara yang ditegaskan sebagai sebuah negara kristian, bukan kerana bangsa. Salva dan Riek, kedua-duanya adalah bangsa dan rakyat Sudan Selatan.