Tahniah dan Syabas Kepada Adik-adik Yang Berjaya Dalam PMR

709

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan tahniah dan syabas kepada adik-adik yang berjaya dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Timbalan Ketuanya Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berharap kejayaan tersebut merupakan ‘anak tangga’ untuk menggapai kejayaan lain pada masa depan.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar yang berjaya dalam peperiksaan PMR yang lepas. Semoga kejayaan ini akan memberikan semangat untuk meniti kejayaan yang seterusnya.

“kepada yang belum berjaya jangan berputus asa dan teruskan perjuangan.”ujarnya

Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda PAS Terengganu berkata demikian ketika berucap merasmikan program Kem Adam dan Hawa di Madrasah Darul Iman, Titian Baru Bukit Payong pada Khamis 19 Disember.

Khalil turut merakamkan ucapan terima kasih kepada guru-guru yang penuh dedikasi mendidik pelajar-pelajar tanpa penat dan lelah.

“Terima kasih kepada para guru, semoga Allah membalas jasa yang mulia ini dengan lebih baik di hari akhirat kelak,”katanya