Kerajaan ‘Hilang Upaya’

1943
Masjdi RTB Bujal yang turut dirobohkan oleh kerajaan zalim Umno-BN

(Gambar – Rakyat Terengganu tidak akan mulapakan bagaimana rakusnya Umno dan Barisan Nasional (BN) merampas tanah dan merobohkan mesjid ‘Bujal’)

Pelbagai masalah yang dihadapi oleh rakyat negeri Terengganu kesan dari tadbir urus keranaan negeri yang ‘hilang upaya’, tidak lagi mampu memberi khidmat kepada warganya.

Umno dan Barisan Nasional (BN) yang menjadi kerajaan tidak mampu menyiapkan projek-projek ’mega’ yang dijanjikan kepada rakyat walaupun ia dimulakan lebih sedekad yang lalu.

Projek ‘gah’ Taman Ilmu di Tembila, Besut bernilai kira-kira R300 juta yang pernah digembar-gemburkan bakal ‘menjadi sebuah kota pendidikan’, masih tergendala dan terbengkalai.

Menteri Besar, Dato Seri Razif Abdul Rahman pada 25 Mei, 2015 berjanji untuk menyiapkannya dan menjamin ia akan beroperasi pada akhir tahun lepas, namun tidak terlaksana.

Pembangunannya sudah diberhentikan, dan ia jadi ‘ Projek Gajah Putih’ dan sering salah menyalah antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.

Projek Pulau Bebas Cukai di Tasik Kenyir yang dianggarkan menelan belanja RM100 Juta, dimulakan pada tahun 2011 dan sepatutnya siap beroperasi pada 2016.

“Saya lihat projek ini hanya suatu pembaziran. Mereka buat projek bukan atas dasar mahu membantu rakyat, sebaliknya hanya mahu masuk poket sendiri,” kata Ketua Peneranga PAS Terengganu, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah.

Belanja jutaan ringgit kononnya atas dasar mahu membantu rakyat akhirnya tenggelam dalam ‘tasik kenyir’ bersama monument kebanggaan dan menjadi air mata rakyat.

Itu belum lagi dikira, projek-projek pelancongan di Kenyir seperti Pulau Burung, Taman Anggur, Taman Heleconia, Taman Kaktus, Taman Rambutan dan banyak lagi bernilai keseluruhanyalebih RM200 juta, enta ke mana?

Projek ‘mainan’ bekas MB Dato’ Seri Idris Jusoh, Taman Tamadun Islam (TTI) dan Lumba Perahu Layar (Monsoon Cup) juga sudah menjadi monumen sejarah, membaham berbilion ringgit wang hasil royalti minyak dan gas, milik rakyat.

TTI menjadi taman sepi yang tidak menjadi kebanggan dan gagal menjadi tarikan kepada para pelancong.

‘Monsoon Cup’ yang membenjakan jutaan ringgit wang rakyat, sudah tidak lagi menjadi milik Terengganu dan gagal membawa pulangan kepada pelaburan yang dibuat.

Terengganu yang ‘bermegah’ dengan pencapaian pelajarnya dalam peperiksaan, tidak mampu menghantar para pelajar pintar tersebut ke luar negara bagi menjamin pendidikan terbaik puat rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa (Exco) Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri A Latiff Awang pada hari terakhir Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Mac lalu, berkata, pelajar tunggal tersebut yang akan dihantar ke negara Jerman bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang ‘Aeroangkasa’.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita7/rumah%20roboh%20sedih.jpg“tahun ini kerana kekangan ekonomi, kita tak boleh hantar lagi…..hanya seorang sahaja……yang kita hantar pada tahun ini,” ujar A Latiff yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Berangan.

Akhirnya, kerana terkesan dengan tawaran manfesto PAS, Razif mengaku kalah dan menawarkan 5, 900 lot tanah yang didakwanya masih kosong di seluruh negeri ini.

Sedang kerajaan PAS Terengganu tahun 1999 – 2004, telah meluluskan lebih 50,000 lot tanah untuk rakyat, namun Umno dan Barisan Nasional (BN) yang ‘jahat’ telah merampas tanah-tanah itu.