Antara isi ucapan Duta Iran di perasmian Ijtimak Perpaduan Ummah dan Himpunan Alam Melayu 2026

181

إِنَّا فَتَحۡنَا لَكَ فَتۡحٗا مُّبِينٗا
“Sesungguhnya Kami membuka untukmu dengan pembukaan yg nyata”

Sukacita hadiri ijtimak kali ke 5. Tkasih dan penghargaan kepada penganjur.

Konsep kesatuan umat adalah kunci apa yg berlaku kepada semua negara. Ia adalah rahsia kemenangan umat terdahulu.

Revolusi Islam Iran 1979, perpaduan ummah jadi dorongan utk bina polisi dan pelan bersepadu di Iran.

Imam Khomeini mulakan kesatuan umat di kalangan umat sebagai tiang dalam pemikiran politiknya.

Antara yg dibuat oleh Khomeini ialah ‘Minggu Perpaduan’, dibuat setiap tahun pada 12-17 Rabiulawal utk nyatakan solidariti antara Sunni dan Syiah.

Imam Ali Khamenei nyatakan perpecahan umat disebabkan penguasaan asing terhadap hasil mahsul umat.

2 faktor halang perpaduan: -fahaman melampau dalam beragama dan kejahilan dlm beragama
-dasar penjajah utk timbulkan pertembungan antara mazhab dan laksana pecah dan perintah.

Isu Pl5tn adalah isu penting, di kehadapankan dalam dunia Islam. Ia diutarakan sebagai asas perpaduan.

Bukan rahsia umum bahawa tekanan AS dan antarabangsa ialah kerana Iran tak berbelah bahagi terhadap nasib Pl5tn.

Walaupun 47 tahun disekat, kami tak pernah goyah atas sokongan kami terhadap Pl5tn.

Walaupun kami ditekan, utk nyatakan pendirian dan sikap kami, pada Jun 2025, kami runding dgn AS, melalui negara jiran sebagai pengantara.
Dlm proses rundingan itu, 2ioni5 serang Iran, cuba halang perjanjian politik di Asia barat dan Teluk Parsi.

Sepanjang perang, Iran telah menjadikan AS yg menuntut gencatan senjata. Iran boleh setuju tetapi dgn bbrp syarat.

Awal tahun ada rundingan. Kami nyatakan jika kami diserang, kami akan sasarkan kepentingan AS dan 2ioni5 di tempat di mana ia menyerang dan tempat lain.

Serangan terakhir terhadap Iran akibatkan kemusnahan banyak fasiliti dan rakyat Iran.

Iran jawab balik dgn segala kekuatannya. Walaupun sengit, rakyat Iran sentiasa istiqamah, pertahan sistem siang malam

Sunnah Nabi jadi ajaran unggul di Iran. Kami teguhkan persediaan pertahanan. Pimpinan dan ulama kami akan teruskan utk hancurkan musuh.

Allah janjikan

وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ
“Sesiapa yg bertawakal kpd Allah, cukuplah Allah baginya”

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تَنصُرُوا اللَّهَ يَنصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ
“Wahai org yg beriman. Jika kamu tolong agama Allah, Allah akan tolong kamu dan menetapkan kaki kamu.”

Kami sempat bertahan seteguh-teguhnya atas kesepakatan ulama kami dan sokongan umat sejagat.

Kesimpulan,
Kami nak ucap terimakasih kepada semua pihak di M’sia yang sokong kami.
Kami sentiasa ingat hubungan baik antara Iran dan M’sia.

Catatan selari dan ringkas:
Ustaz Nik Muhammad Nasri
Sabtu 4 April 2026
11.40 pagi