PASIR PUTIH – Dalam kesibukan melaksanakan amanah masing-masing, kakitangan Pejabat Perhubungan PAS Negeri Terengganu sempat ‘mencuri masa’ sehari semalam, berhimpun pada program ‘Hari Keluarga’ yang diadakan di sebuah ‘resort’ di sini.
“kita harap dengan duduk di sini bersama sehari semalam dapat meningkatkan ukhuwah dan persefahaman serta kerjasama supaya dapat meningkatkan mutu kerja,
“di kalangan kakitangan terutamanya ketika membuat persiapan menghadapi pilihan raya umum kali ke-14 yang akan diadakan tidak lama lagi,”jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Keluarga itu, di sini petang semalam, Jumaat 28 Oktober.
Sesi Ta’aruf pada sebelah malamnya ceria dengan kehadiran tetamu khas bekas kakitangan yang juga karyawan serta penulis, Mohd Nasir Awang.
Walaupun beliau masih uzur, namun tetap hadir kerana mahu mengenang kembali saat-saat berharga ketika bertugas lebih 10 tahun di pejabat PAS, di Taman Seri Intan.
Menceritakan pengalamannya, Nasir yang juga bekas editor dan penulis kolum akhbar Harakah berkata, ‘detik-detik manis’ berkhidmat sebagai Pegawai Hal Ehwal Wakil Rakyat dan Pegawai Arkib PAS Terengganu adalah ‘garis masa’ yang paling terkesan dalam hidupnya.
“apabila PAS menang pada ahun 1999 saya berkhidmat sebagai Pegawai Wakil Rakyat dan kemudiannya sebagai Pegawai Arkib,
“sehingga saya mengundurkan diri pada tahun 2008, tempoh 10 tahun itu adalah waktu yang berharga dalam hidup saya,”ujarnya, yang kini masih menjalani susulan ’kemo’ (Chemotherapy) bagi merawat kanser yang dihidapinya.
Seluruh kakitangan mendoakan beliau agar diberikan oleh Allah kesihatan dan dapat meneruskan semula khidmatnya.