Team Pok Lan Juara Sepak Takraw Pemuda Gerong

4195

Oleh : Shafira

SETIU – Buat julung kalinya, Pemuda PAS Cawangan Gerong, Jabi menganjurkan Kejohanan Sepak Takraw Kampung Gerong dengan penyertaan 10 pasukan bertanding pada pagi Jumaat 28 Oktober 2016 semalam.

Perlawanan yang telah diadakan di Gelanggang Sepak Takraw Kampung Gerong yang dibina sendiri hasil inisiatif takraw Jabi2PAS Cawangan Gerong berlangsung meriah secara santai dalam penuh suasana kekeluargaan.

Pengarah Majlis Tindakan Dun Jabi, Dr Azman Ibrahim ketika merasmikan kejohanan itu menyatakan bahawa Islam adalah agama yang mementingkan kesihatan jasmani serta rohani penganutnya. Sesuai dengan tuntutan fitrah manusia yang masing-masing mempunyai hobi serta minat.

“Islam meraikan semua ini dengan garisan panduan supaya ianya berjalan mengikut syariat,”kata beliau.

“Kita bersukan adalah untuk kesihatan dan merapatkan ukhuwwah sesama anak kampung.Anak Kampung Gerong memang berbakat besar dalam bidang sukan sepak takraw,

takraw Jabi1“Allahyarham Amir Saidin yang meninggal dunia dalam kemalangan jalanraya beberapa bulan yang lalu adalah anak jati kampung ini yang pernah mewakili Negeri sebagai tekong pasukan SUKMA Terengganu,” Ujar Dr Azman lagi.

Pembuka gelanggang kejohanan ialah perlawanan antara Pasukan Veteran Gerong dengan Pengarah Majlis Tindakan Dun Jabi turut sama mempamerkan kebolehannya bermain sepak takraw.

Acara sehari suntuk ini sampai ke kemuncaknya menjelang petang dengan perlawanan akhir yang mempertemukan Team Pok Lan menentang Team Jeri yang menyaksikan Team Pok Lan muncul juara.

Seterusnya, perlawanan itu di akhiri dengan penyampaian hadiah yang disempurnakan oleh Pengarah Majlis Tindakan Dun Jabi, Dr Azman Ibrahim.