Perebutan pangkat dan perlumbaan mengejar kuasa dalam kerajaan pula akan menjadi-jadi, apabila beberapa pemimpin UMNO yang menang belum menjawat jawatan Menteri atau Timbalan.
Sebaik sahaja Shahrizat Jalil menang, ada dikalangan wanita UMNO yang menjadi jurucakapnya mendesak Shahrizat dilantik segera sebagai Menteri.
Dalam pada itu beberapa Shahril Samad, Menteri harga barang, berhasrat meletakkan jawatan manakala Rais Yatim, Menteri Luar yang kalah dalam pertarungan UMNO, tidak mahu meletakkan jawatan.
Abdullah pula berkata beliau akan hanya memaklumkan tarikh peralihan kuasa apabila beliau “suka” untuk berbuat demikian, bukannya seperti yang dilaporkan media sebelum ini pada April akan datang.
“Yang itu (tarikh peralihan kuasa) tak payah tanya, saya akan bagi tau bila-bila saya suka,” katanya dipetik Bernama.
Timbalannya, Najib sebelum ini dinamakan sebagai penggantinya dan peralihan kuasa itu dilaporkan sebelum ini akan diadakan pada Mac ini.
Mengulas kenyataan Rais Yatim bahawa semua menteri-menteri di bawah pimpinan Abdullah secara teknikalnya turut dianggap meletak jawatan selepas beliau (Abdullah) meletak jawatan, Abdullah berkata: “Masa zaman saya dulu pun (Tan Sri) Lim Keng Yaik (bekas menteri kabinet) pun kata begitu juga, tapi tak jadi apa pun, bukan boleh paksa.”
Sementara itu, Mohammad Khir Toyo mendakwa kekalahannya dalam pemilihan jawatan kerusi Pemuda UMNO kelmarin berpunca daripada perbuatan sabotaj pembangkang (kerajaan PR Selangor) dan ahli parti sendiri.
Beliau mendakwa pembangkang sengaja menggembar-gemburkan isu wang tajaan yang disalurkan kepada Badan Kebajikan dan Amal Isteri Wakil-wakil Rakyat Selangor yang kononnya wujud salah guna kuasa.
“Isu sedemikian hanya digunakan untuk memburukkan seseorang, tak lebih dari itu…boleh dikatakan saya mangsa keadaan,” kata bekas Menteri Besar Selangor itu kepada mStar.




























