Oleh: Nizam at-Takiri
KUALA NERUS – Pada zaman serba canggih ini, gejala menghina dan memperlekehkan kredibiliti ulama semakin membimbangkan di kalangan masyarakat terutamanya menerusi sosial.
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dato Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, ulama merupakan pewaris perjuangan Nabi-Nabi dan wajib disanjung dan bukan dihina.
“Jika kamu tidak mencintai mereka maka janganlah membenci mereka”, tegas beliau lagi.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di laman sosial miliknya pada Khamis 31 Januari.
Oleh itu, perbuatan itu katanya, boleh menyebabkan agama Islam dipandang remeh oleh musuh-musus Islam
Menurut Ahli Parlimen Kuala Nerus itu, antara contoh penghinaan keatas ulama iaitu apabila manusia mula berkata kepada ulama seperti bodoh, gila, tidak tahu memerintah dan sebagainya.
“Ucapan-ucapan seperti ini tidak harus diucapkan bukan sahaja daripada bukan Islam lebih-lebih lagi orang Islam yang dituntut wajib memuliakan ulama”, katanya.
Walaupun, tambahnya lagi, ulama bukan maksum yang terlepas daripada kesilapan dan dosa.
“Gejala ini perlu dihentikan sebelum parah dan merebak kepada seluruh orang Islam di negara ini kerana ulama ialah pemimpin terbaik sepanjang zaman.
” Pihak berkuasa juga harus mengambil serius akan soal ini dengan mengambil beberapa inisiatif bagi membendung gejala ini daripada berterusan,” jelasnya.