Hentikan Naratif Songsang Penganjuran Munggu Solidariti Palestin

143

Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) memandang serius kenyataan yang dikeluarkan oleh tiga ahli parlimen PKR, sembilan ADUN PKR, pemimpin DAP bertaraf Menteri, Anthony Loke, Nga Kor Ming serta beberapa pemimpin politik lain berhubung penganjuran Minggu Solidariti Palestin yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

DPPNT menyelar kenyataan yang telah dibuat oleh mereka yang menggambarkan wajah sebenar mereka yang disembunyikan kepada rakyat negara ini.

Tindakan mereka ini amat memalukan Malaysia apabila suara sumbang ini keluar ketika seluruh dunia mengutuk kezaliman zionis Israel terhadap bumi Palestin.

Sebagai rakyat yang cintakan kedamaian, kita sepatutnya membuka mata anak watan tentang gambaran sebenar isu yang berlaku di Palestin.

Rakyat Palestin yang berjuang mempertahankan negara mereka dari terus dijajah dan bukan sebaliknya menuduh pemakaian ala pejuang palestin yang dipakai semasa Minggu Soldariti Palestin sebagai militan.

Cukuplah naratif songsang yang berat sebelah terhadap pejuang Palestin dimainkan oleh barat dengan mengambarkan pejuang Palestin adalah pengganas sekali gus menusuk jarum halus islamofobia atas alasan menjaga keharmonian.

Jelas sekali, Zionis Israel merupakan pengganas yang mengganas secara membuta tuli dengan membunuh rakyat Palestin sehingga mengebom hospital di Palestin.

Tindakan ini jelas melanggar undang-undang Antarabangsa, akan tetapi negara sekutu Israel yang dikatakan mengutuk islamofobia sebelum ini terus membisu tanpa berasa bersalah seolah-olah membenarkan tindakan zalim Zionis Israel ini.

Justeru itu, DPPNT mengajak seluruh rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian untuk bersatu menyatakan solidariti kita bersama membebaskan bumi Palestin dari terus dijajah Zionis Israel.

Ustaz Mohd Harun Esa
Ketua
Dewan Pemuda PAS Terengganu
,