Bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Putrajaya atas tuduhan pecah amanah berkaitan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Beliau dituduh mengikut Seksyen 418 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan
Ling, 67, juga adalah bekas menteri pengangkutan kerajaan Barisan Nasional, antara ahli politik terkemuka pernah didakwa atas tuduhan rasuah sejak beberapa tahun kebelakangan ini..
Ling didakwa menipu kerajaan sekitar 25 September 2002 dan 6 November 2002 dengan memperdayakan jemaah menteri untuk memberikan persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah untuk projek Mega Distribution Hub di Pelabuhan Kelang.
Dia juga didakwa dengan curang menyembunyikan fakta bahawa penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan ke atas tanah seluas 43,538,200 kaki persegi yang dicadangkannya.
Beliau juga berikan pertuduhan alternatif mengikut Seksyen 417, Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman lebih ringan penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan ikat jamin ditetapkan pada RM1 juta.
Hakim, Suzana Hussin kemudiannya menetapkan 3 September ini sebagai tarikh sebutan kes.
Ling kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis dan akan membayar wang ikat jaminnya di Mahkamah Sesyen, esok. – sumber Malaysiakini
Amerika Syarikat sering tampil sebagai kuasa yang memperjuangkan demokrasi, kebebasan, hak asasi manusia dan ketelusan di pentas antarabangsa. Namun, sejarah dasar luarnya juga menyimpan...
KUALA TERENGGANU - Aktiviti turun menziarahi rumah penduduk dalam kawasan yang diwakilinya, bukan sekadar untuk bertanya khabar, bahkan menggunakan peluang dan ruang masa...
Penyatuan ummah adalah perintah Allah yang wajib dilaksanakan, bukan permainan politik. Firman Allah SWT:وَٱعۡتَصِمُواْ بِحَبۡلِ ٱللَّهِ جَمِيعٗا وَلَا تَفَرَّقُواْۚ وَٱذۡكُرُواْ نِعۡمَتَ ٱللَّهِ عَلَيۡكُمۡ إِذۡ...
Perjuangan Menegakkan Islam Adalah Jalan Ke SyurgaDewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) menyokong penuh kenyataan yang ditegaskan oleh Setiausaha Agung PAS, YB Datuk Seri Takiyuddin...