Kontrak NFC; PAC Kesan Ada Kelemahan Kawalan Kementerian Kewangan

1119

Pengerusinya, Datuk Seri Azmi Khalid, berkata antara kelemahan yang dikenal pasti ialah pemberian arahan yang tidak mantap daripada Kementerian Kewangan termasuk kaedah kawalan pengurusan dalaman yang lemah.

NFC telah dituduh menyalahgunakan pinjaman RM250 juta ($100 juta) daripada kerajaan Malaysia.

Pada 12 Mac lalu, Pengarah Eksekutif NFC, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, yang juga suami ketika itu Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas kesalahan melakukan pecah amanah membabitkan wang sejumlah RM49.7 juta dan dua kesalahan melanggar akta syarikat.

“Kita dapati banyak kelemahan yang wujud dalam SOP terutamanya dalam memberi arahan yang tidak mantap serta kawalan dalaman daripada Kementerian Kewangan.

“Agensi-agensi dan pegawai yang mewakili kementerian dalam NFC tidak begitu mahir menjalankan tanggungjawab sebagai ahli lembaga pengarah.

“Kemungkinan pegawai-pegawai itu tahu tanggungjawab tapi tindakan-tindakan bagi pastikan sesuatu urusan berjalan dengan sepatutnya tidak dibuat dan ini didapati kerana arahan daripada atasan tidak mantap,” kata Datuk Seri Azmi, pada sidang media di bangunan Parlimen di sini, semalam.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan wakil Kementerian Kewangan dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, lapor mStar Online.