

”Tan Sri Isa Samad mungkin sudah dimaafkan oleh sebahagian besar ahli Umno, tetapi itu bukanlah jaminan bahawa rasuah tidak akan berlaku di Bagan Pinang,
”Oleh itu, SPRM dipelawa untuk membuat pemantauan bagi memastikan pilihanraya kali ini bebas dari rasuah dan salah guna kuasa,”katanya dalam satu kenyataan semalam.
Menurutnya, pada masa ini terdapat beberapa ahli politik yang menjadi Menteri mengunakan peruntukan Kerajaan dan kuasa mereka dalam Kerajaan untuk turun ke kem-kem tentera bagi berkempen atas nama ‘Kerajaan Barisan Nasional‘.
”Perkara ini harus dipandang serius kerana itu juga merupakan penyelewengan yang jelas terhadap dana kerajaan,
”PAS dari semasa ke semasa akan membuat siasatan dan laporan sepanjang musim pilihanraya. PAS berharap agar SPRM dapat melaksanakan mandat rakyat, khususnya dalam pilihanraya kali ini,”tegas Ustaz Idris




























